Utusan Borneo (Sabah)

Ambil iktibar sejarah perang

Rakyat harus terus kekalkan keamanan dikecapi negara

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengajak rakyat supaya mengambil iktibar daripada sejarah Perang Dunia Kedua untuk terus mengekalka­n keamanan negara yang dikecapi kini.

“Hari ini, kita menikmati keamanan... adalah menjadi harapan saya kedamaian yang kita miliki tidak akan terjejas oleh peperangan dan perselisih­an.

“Banyak yang perlu dipelajari daripada sejarah yang menyakitka­n yang kita kongsi. Justeru, marilah kita mengekalka­n perpaduan dan keamanan negara dan janganlah kita membiarkan pengorbana­n orang-orang sebelum kita menjadi sia-sia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Hari Memperinga­ti Sandakan 2017 di Taman Peringatan, Batu 8 Sandakan, pagi Selasa.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia Rod Smith dan Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia Vicki Treadell CMG.

Musa berkata pada hari ini menandakan ulangtahun ke72 berakhirny­a Perang Dunia Kedua. Sejarah masa perang bersama antara Malaysia, Australia dan British adalah peringatan bukan sahaja pengorbana­n dan ketahanan mereka yang telah terkorban tetapi juga kehilangan serta kerinduan anggota keluarga.

“Pada pagi yang tenang di taman peringatan ini, kita bertafakur sejenak untuk menunjukka­n keinginan berterusan menikmati kebebasan dan keamanan, dan mengingatk­an diri kita bahawa tidak ada yang mulia tentang peperangan.

“Kita mengingati tawanan perang dan sejarah yang dipaparkan pada Kawad Maut ke Ranau. Kita juga mengingati masyarakat tempatan yang mengambil risiko dan kehilangan nyawa mereka dalam membantu tentera Bersekutu. Semua orang yang terkorban dalam peperangan, tidak kira dari mana asal mereka, adalah pahlawan yang dihormati,” katanya.

Musa juga mengiktira­f usaha Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Lembaga Pelanconga­n Sabah dan jawatankua­sa penganjur atas dedikasi yang berterusan untuk memperinga­ti mereka yang terkorban dan menjaga kisah hidup mereka.

“Justeru, sangat penting bagi kita, begitu juga anakanak kita, untuk mengingati bahagian sejarah ini bagi mengetahui apa yang kita telah hilang dan kebebasan yang kita terima sebagai balasannya,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Johniston Bangkuai, Adun Karamuntin­g Datuk Charles O Pang, Presiden MPS Datuk James Wong dan keluarga mangsa korban.

 ??  ?? RAYMOND meletakkan kalungan bunga bagi memperinga­ti mereka yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.
RAYMOND meletakkan kalungan bunga bagi memperinga­ti mereka yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia