Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki ditahan miliki syabu 223.6 gram

- - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 223.6 gram di kawasan Taman Mesra, Batu 3, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata kedua-dua suspek berumur lingkungan 40an dan 30an ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan yang menjalanka­n Ops Tapis di kawasan itu kira-kira jam 5 petang.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas keduadua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphet­amine, dan kedua-duanya kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya pada sidang media di IPD Sandakan pada Isnin.

Tambahnya, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran di sekitar daerah ini.

Sementara itu, Azhar berkata sepanjang tempoh April hingga Ogos 2017, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sandakan juga telah giat menjalanka­n beberapa operasi seperti Ops Tapis, Ops Sarang dan Ops Bersepadu.

“Hasil operasi yang dijalankan ini telah berjaya menangkap seramai 339 orang iaitu lapan orang mengikut Seksyen 39B ADB 1952, dua orang Seksyen 39A (2) ADB, 14 orang Seksyen 39A (1) ADB, 88 orang Seksyen 12 (2) ADB dan 227 orang Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

Untuk tempoh itu, katanya, keseluruha­n dadah jenis syabu yang dirampas adalah sebanyak 749.6 gram.

Beliau berkata untuk kesalahan berulang di bawah 39 C ADB 1952 iaitu bagi pesalah-pesalah yang ditangkap bagi kesalahan kali ketiga mengikut Seksyen 15 (1) (a) ABD 1952 pula, seramai lima OKT telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan.

Manakala, seorang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas, ADB 1952.

 ??  ?? AZHAR (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n syabu yang dirampas daripada kedua-dua suspek terbabit.
AZHAR (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n syabu yang dirampas daripada kedua-dua suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia