Utusan Borneo (Sabah)

PKOB diaktifkan di daerah terlibat banjir kilat

-

KOTA KINABALU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah-daerah terlibat dengan insiden banjir kilat telahpun diaktifkan untuk menyelaras tindakan bantuan dan penyelamat­an oleh jabatan dan agensi di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, ia berikutan hujan lebat yang berterusan dalam tempoh beberapa hari yang lalu sehingga menyebabka­n banjir kilat di beberapa daerah seperti Bandaraya Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat diingatkan supaya sentiasa bersiapsia­ga dalam menjalanka­n pemantauan secara berkala, di samping menjalanka­n kerja penyaluran bantuan kepada mangsa atau penduduk yang terkesan insiden banjir kilat itu selain usaha pemindahan mereka yang terjejas.

“Sehingga jam 12 tengahari ini, masih kekal tiga daerah yang terkesan dan masih dibuka pusat pemindahan iaitu Penampang, Papar dan Kota Belud,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sukarti berkata, semua penduduk diingatkan supaya sentiasa mengikuti laporan cuaca yang dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET Malaysia).

Sekiranya berlaku keadaan hujan yang berterusan untuk beberapa tempoh yang panjang dan terdapat tanda peningkata­n paras air maka, penduduk di kawasan berkenaan diminta supaya lebih berwaspada, dan jika diarah berpindah hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Selain itu, penduduk juga diminta memastikan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan ahli keluarga disimpan dalam beg khas yg boleh dibawa bersama apabila berlaku pemindahan,” katanya.

Katanya, pihak JPBD akan memaklumka­n penduduk melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) tentang lokasi pusat pemindahan yang disediakan oleh jawatankua­sa itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia