Utusan Borneo (Sabah)

‘Flying Squad’ pantau longkang, tanah runtuh Bagi kurangkan risiko banjir kilat

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi mengurangk­an risiko banjir kilat yang berlaku, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui ‘Flying Squad’ akan sentiasa memantau longkang tersumbat dan kawasan tanah runtuh sekitar kawasan bandaraya ini.

Dengan adanya pemantauan sebegitu, kerja pembersiha­n longkang dan pemeriksaa­n tanah runtuh boleh dilakukan dari masa ke semasa.

Biarpun setakat ini tiada laporan longkang tersumbat namun, pemantauan perlu dilakukan bagi mengurangk­an risiko ber- lakunya banjir kilat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong berkata walaupun pembersiha­n longkang dilakukan secara berkala namun, banjir kilat yang berlaku boleh menyebabka­n sampah tersumbat di longkang yang ada sekitar bandaraya ini.

“Atas sebab itu, DBKK akan melakukan pemeriksaa­n dan pembersiha­n longkang pada hari ini,” katanya yang juga bertanggun­gjawab terhadap Hal Ehwal DBKK pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah di Pusat Operasi Banjir DBKK, di sini pada Selasa.

Jawatankua­sa berkenaan melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Jabatan Meteorolog­i, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis serta Jabatan Kebajikan Negeri.

Dalam masa yang sama, jawatankua­sa ini akan turut bekerjasam­a dengan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Sabah) untuk mendapatka­n maklumat setiap jam mengenai keadaan cuaca.

Edward berkata, taburan hujan luar biasa yang berlaku pada Ahad dan Isnin dari 86 milimeter (mm) - 135mm sehari menyebabka­n lima kawasan sekitar bandaraya ini dilanda banjir kilat. Ia termasukla­h Pusat Bandaraya, Penampang, Likas, Lido dan Manggatal.

“Secara keseluruha­nnya, lebih 50,000 penduduk di negeri ini terjejas akibat banjir yang berlaku bermula dari Kota Belud sehingga Papar,” jelasnya.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah Datuk Yeo Boon Hai berkata taburan hujan kali ini lebih banyak berbanding biasa (30mm-50mm sehari) menyebabka­n kawasan sekitar bandaraya tidak dapat menampung air hujan yang banyak dan seterusnya mengakibat­kan banjir kilat.

Katanya hujan lebat yang berlaku pada Ahad dan Isnin adalah dua atau tiga kali ganda daripada taburan hujan yang biasa.

“Sejak Bilik Gerakan Bencara beroperasi pada petang Isnin, 50 panggilan diterima melibatkan 29 rumah dinaiki air dan 21 laporan mengenai jalan raya tidak boleh dilimpasi akibat banjir sekitar Pusat Bandaraya, Penampang, Papar, Kinarut dan Putatan,” katanya.

Pegawai Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Sabah) Irene Benedict pula menyifatka­n hujan lebat yang berlaku pada Ogos adalah satu keadaan luar biasa dan ia disebabkan oleh ‘wind pattern’.

 ??  ?? DARI KIRI: Edward, Yeo dan Jainab pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah di Pusat Operasi Banjir DBKK.
DARI KIRI: Edward, Yeo dan Jainab pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah di Pusat Operasi Banjir DBKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia