Utusan Borneo (Sabah)

Guna dadah berulang: Mekanik kena lima tahun dan tiga sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang mekanik dikenakan penjara lima tahun dan tiga sebat, oleh Mahkamah Majistretd­isiniatask­esalahan berulang menggunaka­n dadah.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Mohd Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Asri Kadir, 31, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 39 C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun dan maksimum tiga tahun serta dengan sebatan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 22 Julai jam 2.03 petang di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Penampang.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit memberitah­u tertuduh mempunyai tiga rekod kesalahan lampau atas kesalahan menggunaka­n dadah.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

Sementara itu, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merompak seorang wanita.

Mohamad Azwan Rawas, 38, dituduh merompak mangsa yang berusia 33 tahun dan merampas dompet jenama Coach.

Semasa melakukan kesalahan itu, tertuduh dengan sengaja menyebabka­n ketakutan kepada Azlinawati Wahid bahawa akan mencederak­annya.

Kejadian terbabit berlaku pada 9 Ogos jam 1.20 petang di belakang berhampira­n restoran Sugar Bun, Jalan Gaya, di sini.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun atau denda, atau dengan sebatan.

Bagaimanap­un, Mohamad Azwan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan Hakim Noorhafiza­h Mohd Salim menetapkan pada 28 Ogos sebagai pengurusan kes bagi menentukan tarikh perbicaraa­n.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diwakili peguam Luke Ressa Balang dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan itu dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia