Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga didakwa menipu dengan mengaku sebagai peguam Suhakam

-

KOTA KINABALU: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan menipu melibatkan pengurusan pembebasan seorang lelaki.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 15 September untuk pengurusan kes terhadap Nuar Sazali, 32, selepas mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memperdaya­kan Yusof Insiu, 53, untuk mempercaya­i bahawa dirinya seorang peguam Suhakam yang boleh menguruska­n pembebasan anaknya.

Hal ini mendorong mangsa memasukkan wang sebanyak RM3,750 ke dalam akaun tertuduh, pada 10 Julai jam 10 pagi di Pejabat Suhakam, tingkat lapan Centre Point, di sini.

Nuar sekali lagi menipu Amil Kadra Abu Bakar, 45, dengan memperdaya­kan boleh menguruska­n pembebasan anaknya.

Akibat mempercaya­i tertuduh,mangsamema­sukkan wang sebanyak RM800 ke dalam akaun bank tertuduh, pada 10 Julai jam 10 pagi di Pejabat Suhakam, tingkat lapan, Centre Point, di sini.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tempoh sepuluh tahun dan dengan sebat, atau denda.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, Stephanie membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM1,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan untuk setiap pertuduhan.

Pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kapit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia