Utusan Borneo (Sabah)

Hujan lebat beberapa hari

Banjir kilat landa pantai barat Sabah termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Kota Belud

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS SALAH sebuah rumah yang terjejas banjir.

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan sejak lima hari lalu menyebabka­n banjir kilat melanda beberapa daerah di pantai barat Sabah termasuk di sini, Penampang, Papar dan Kota Belud.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata pihaknya merekodkan beberapa operasi pemantauan bagi kawasan terjejas.

“Maklumat yang diperolehi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas merekodkan antara kawasan yang dinaiki air termasukla­h Jalan Tuaran Bypass termasuk kedua-dua arah dari Bandar Sierra ke Binaung Baru, Kampung Tebobon, dan kawasan berhadapan Taman Puterajaya.

“Kampung Mansiang, Kampung Rampayan dan Jalan Tuaran lama bagi menghubung­kan Pekan Manggatal ke Bulatan Pulutan serta Jalan Kampung Timbok turut terjejas berikutan banjir kilat sedalam 0.2 sehingga 0.6 meter di lokasi terbabit,” katanya.

Beliau berkata, antara kawasan yang turut dinaiki air termasukla­h perumahan Seri Warisan, Kampung Kitobu dan Jalan Kampung Pomotodon Inanam.

Setakat ini, pihaknya belum merekodkan sebarang pemindahan penduduk di kawasan Kota Kinabalu, Inanam serta Manggatal dan kesemua anggota di BB P Lintas serta BBP Kota Kinabalu dalam mod pemantauan bagi sebarang kecemasan.

Menurutnya, bagi kawasan Penampang terdapat 14 kawasan yang dikenalpas­ti berisiko banjir kilat.

“Kawasan yang dinayataka­n termasukla­h Kampung Buliga, Kolopis, Maang, Kibabaig, Napasan, Kiranau, Taman Penampang, Sugud dan Sindanan.

“Beberapa bangunan termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Yue Min, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Pejabat Daerah Penampang, Pejabat Pos Penampang dan Majlis Daerah Penampang turut terjejas banjir kilat.

“Kita juga menasihatk­an pengguna jalan raya untuk sentiasa berwaspada di Jalan utama termasuk Sugud, Donggongon, Penampang Proper, Bulatan Sigar, Jalan Penampang Spur kerana berisiko dilanda banjir kilat yang serius,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah merekodkan seramai 41 mangsa yang dipindahka­n di Pusat Pemindahan Dewan Tun Said dan beberapa keluarga dilaporkan berpindah ke rumah saudara yang selamat.

“Pemeriksaa­n turut mendapati masih terdapat lima kampung terjejas banjir termasuk Kampung Ejok, Gunding, Linau, Bobot dan Sekolah Kebangsaan Timbang yang membabitka­n sejumlah 83 mangsa.

“Setakat ini, belum ada pusat pemindahan baharu dibuka di kawasan ini berikutan paras banjir yang masih berada dalam tahap terkawal,” katanya.

Tambahnya, beberapa jalan utama termasuk Jalan Kampung Bobot, Siasai Tamu dan Jalan Linau dilaporkan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja dan Jambatan Gantung Kampung Butong juga putus akibat limpahan air Sungai Kadamaian.

“Setakat ini, kesemua jalan terjejas dilaporkan semakin surut dan boleh dilalui pada sebelah pagi, bagaimanap­un pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati serta bersedia dengan sebarang kemungkina­n berikutan keadaan hujan yang dikhuatiri lebat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya sudah mengaktifk­an Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah yang dinyatakan bagi menyelaras tindakan bantuan dan penyelamat­an.

Katanya, jabatan dan agensi mengikut Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah akan menjalanka­n pemantauan secara berkala selain menjalanka­n penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas dengan kejadian banjir kilat.

“Bantuan ini termasukla­h pemindaham mangsa ke kawasan selamat atau pusat pemindahan yang dibuka di kawasan masing-masing sepertiman­a yang dilakukan di Kota Belud.

“Kita juga mengingatk­an penduduk agar sentiasa mengikuti perkembang­an cuaca yang dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika diarahkan untuk berpindah ke kawasan selamat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di lokasi terjejas banjir di Kota Belud.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di lokasi terjejas banjir di Kota Belud.
 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan pemantauan menggunaka­n bot penyelamat pada waktu malam.
ANGGOTA bomba melakukan pemantauan menggunaka­n bot penyelamat pada waktu malam.
 ??  ?? ANGGOTA APM membantu menolak sebuah kereta yang terjejas banjir.
ANGGOTA APM membantu menolak sebuah kereta yang terjejas banjir.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu memindahka­n seorang bayi ke rumah saudara berdekatan.
ANGGOTA bomba membantu memindahka­n seorang bayi ke rumah saudara berdekatan.
 ??  ?? GAMBAR terkini di Kampung Kolopis Penampang yang sempat dirakamkan dari udara.
GAMBAR terkini di Kampung Kolopis Penampang yang sempat dirakamkan dari udara.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memantau keadaan banjir di Kampung Topokon Tamparuli.
ANGGOTA bomba memantau keadaan banjir di Kampung Topokon Tamparuli.
 ??  ?? PEMANATAUA­N banjir di Kampung Bobot Kota Belud.
PEMANATAUA­N banjir di Kampung Bobot Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia