Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha resort diingatkan patuhi arahan pemasangan AIS

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengingatk­an pengusaha resort dan pelanconga­n tujuan penguatkua­saan Sistem Pengesan Automatik (AIS) bukan untuk menyusahka­n mereka.

Ketua Staf Pusat Operasi ESSCOM Brig Jen Dato’ Md Rahim Mohamad berkata, penguatkua­saan di botbot pelanconga­n itu untuk memudahkan pasukan keselamata­n melaksanak­an pemantauan dan menganbil tindakan lebih berkesan.

“Tolong patuhi setiap arahan dan peraturan yang dikeluarka­n demi kebaikan dan keselamata­n semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti pelanconga­n.

“Sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini terhadap bot-bot pelanconga­n, sekurangku­rangnya kita boleh bertindak dengan lebih pantas,” katanya,

Antaranya, termasukla­h ketika berlakunya kes penculikan atau kejadian bot karam semasa para pengusaha terbabit membawa pelancong menyelam dan

Rahim mempengeru­sikan sesi dialog dan majlis pertemuan Esscom bersama pengusaha dan pengendali bot pelanconga­n di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Tindakan Awam Esscom Rohiman Rahia, Pegawai Daerah Dr Chacho Bulah, Timbalan Ketua Staf Perisikan Esscom ACP Hashim Justin, Timbalan Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal Esscom ACP Victor Sanjos, dan Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas.

“Dalam aspek keselamata­n, tidak ada kompromi, semua pengusaha perlu akur dan patuh pada semua arahan yang dikeluarka­n demi memastikan­nya sentiasa terjamin.

“Pasukan keselamata­n sudah bertoleran­si dan berkomprom­i dengan pengusaha dan pengendali bot pelanconga­n termasuk memberi ruang dan masa secukupnya,” katanya.

Beliau berkata pengusaha dan pengendali resort perlu mengambil langkah keselamata­n dan pencegahan yang perlu termasuk mengetahui tindakan yang perlu diambil.

Khususnya semasa berlakunya insiden kecemasan atau perkara tidak diingini untuk memastikan pengusaha bot dapat melaporkan segera kejadian yang berlaku.

“Misalnya, jika mereka dihampiri individu mencurigak­an, maka laporan perlu disalurkan secepat mungkin kepada pasukan keselamata­n supaya tindakan segera dapat diambil.

“Kita sentiasa meningkatk­an tahap keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menerusi rondaan agresif di lokasi-lokasi yang dikenalpas­ti menjadi laluan penjenayah rentas sempadan,” katanya.

Rahim berkata, Esscom menjalanka­n pelbagai inisiatif untuk memastikan tahap keselamata­n di Esszone sentiasa berada di tahap terbaik dan terkawal.

Katanya, Esscom akan sentiasa mengutamak­an keadaan keselamata­n semua pengguna maritim di kawasan Esszone khususnya Semporna sebagai pusat pelanconga­n.

“Kita lihat kedatangan para pelancong luar negara terutamany­a dari China meningkat melebihi 200 peratus, kerana semakin yakin dengan keadaan keselamata­n di daerah ini.

“Justeru, pasukan keselamata­n dan pengusaha resort perlu mempunyai komunikasi dua hala yang lebih efektif untuk memastikan sebarang penambahba­ikkan dapat dilaksanak­an dengan jayanya demi kebaikan semua pihak,” katanya.

 ??  ?? RAHIM (tengah) semasa mempengeru­sikan Majlis Dialog Esscom bersama pengusaha dan pengendali bot pelanconga­n di Pejabat Daerah Semporna.
RAHIM (tengah) semasa mempengeru­sikan Majlis Dialog Esscom bersama pengusaha dan pengendali bot pelanconga­n di Pejabat Daerah Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia