Utusan Borneo (Sabah)

Bersedia hadapi PRU-14

Saranan kepada ahli LDP dalam menghadapi cabaran

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Publisiti Parti Liberal Demokratik (LDP) Albert Kok menggesa ahli parti agar bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijangka hanya enam hingga tujuh bulan lagi.

Beliau juga menggesa ahli parti untuk terus mengikuti perkembang­an politik semasa serta menjalanka­n tugas mereka untuk memberi perkhidmat­an kepada rakyat.

Beliau berkata Malaysia kini menghadapi persekitar­an politik yang sangat mencabar.

Katanya, sejak penubuhan LDP 28 tahun lalu, parti itu telah melalui banyak cabaran dan mendapat pengalaman yang tidak ternilai dalam proses berkenaan.

“Kita telah membuktika­n kekuatan dan keupayaan LDP kepada Barisan Nasional (BN) melalui perjuangan politik kita sejak 28 tahun lepas,” katanya ketika merasmikan persidanga­n bersama Bahagian LDP Tambunan, Liawan dan Melalap.

Albert berkata, LDP bersedia menghadapi sebarang cabaran pada bilabila masa.

“Kita memegang teguh prinsip untuk terus menyuaraka­n hak dan kebenaran dalam menangani masalah rakyat.”

Perwakilan dari tiga bahagian itu bersama-sama meluluskan dua resolusi, termasuk menyokong sepenuhnya Presiden LDP Datuk Teo Chee Kang memohon dua kerusi negeri yang baharu diwujudkan, dan juga menggesa kerajaan untuk memastikan Lebuhraya Pan Bor ne o akan memberi manfaat kepada Tenom, Keningau, Tambunan dan daerah pedalaman sekitarnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung LDP Datuk Yong Wui Chung.

 ??  ?? PENGERUSI LDP Liawan Pang Shu Kin menyampaik­an cendera kenangan kepada Albert.
PENGERUSI LDP Liawan Pang Shu Kin menyampaik­an cendera kenangan kepada Albert.
 ??  ?? DARI kanan: Albert, Yong dan pemimpin parti yang lain pada persidanga­n bersama itu.
DARI kanan: Albert, Yong dan pemimpin parti yang lain pada persidanga­n bersama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia