Utusan Borneo (Sabah)

Van hanyut, wanita warga Indonesia maut

-

PAPAR: Seorang wanita warga Indonesia meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kejadian van hanyut di Sungai Kampung Lingan Lama Kabang di sini.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam di Hospital Daerah Papar pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, selain mangsa, seramai sembilan pelancong Jepun turut sama menaiki van jenis Mitsubishi itu.

Katanya, mangsa adalah seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan rombongan berkenaan dalam perjalanan pulang bersama sebuah lagi van dan sebuah pacuan empat roda.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 petang dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Rombongan yang menggunaka­n tiga kenderaan ini dikatakan melalui jalan yang didirikan di sungai terbabit.

“Sebaik sahaja van dinaiki mangsa melalui kawasan itu, tidak semena-mena arus sungai dari hulu menjadi deras dan menghanyut­kan van berkenaan,” katanya di sini pada Isnin.

Pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga pemandu van terbabit untuk membantu siasatan.

Ladamah berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Katanya, sembilan mangsa warga Jepun yang berusia dalam lingkungan 8 hingga 22 tahun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Papar pada Isnin.

 ??  ?? VAN yang dinaiki mangsa terbalik selepas hanyut dalam kejadian terbabit.
VAN yang dinaiki mangsa terbalik selepas hanyut dalam kejadian terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia