Utusan Borneo (Sabah)

Selenggara sistem perparitan elak banjir kilat berlaku

-

TUARAN: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Sabah meminta kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil perhatian serius berhubung sistem perparitan dan sungai supaya diselengga­rakan segera bagi mengelak berlaku banjir kilat.

Yang Dipertua (YDP) Datuk Rekan Hussin membuat gesaan itu ekoran masalah banjir yang melanda setiap kali hujan lebat berterusan, tidak kira di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

“Faktor cuaca yang tidak menentu sejak kebelakang­an ini dan hujan lebat berterusan boleh menyebabka­n banjir kilat berlaku, sekiranya sistem perparitan tidak diselengga­ra dengan baik dan teratur,” katanya.

Beliau berkata sistem perparitan perlu pengawasan yang berterusan terutamany­a kawasan-kawasan yang kerap berlakunya masalah banjir.

Terdahulu itu, Rekan menerima makluman daripada Setiausaha Kehormat Perkasa Musli Minsun, yang turut memainkan peranan dengan memberi penerangan dan meminta penduduk kampung terbabit agar berwaspada ekoran banjir yang berlaku di Kg Gunding Kota Belud.

Menurut Rekan, Musli telah menasihatk­an penduduk kampung yang terlibat agar sentiasa berwaspada apabila hujan lebat berterusan dan mengambil langkah yang perlu apabila belaku banjir.

Beliau difahamkan kawasan Kampung Gunding Kota Belud dan sekitarnya sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan.

“Fenomena banjir ini sememangny­a memberi masalah apabila hujan terus berlarutan. Justeru, Perkasa membantu dengan memantau dan menyampaik­an maklumat banjir kepada penduduk yang terlibat agar sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

 ??  ?? REKAN HUSSIN
REKAN HUSSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia