Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak antara tiga ditahan

Disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Dua beranak antara tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dengan penyalahgu­naan dadah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam ops Cegah yang dijalankan di sebuah kampung di daerah ini pada pagi Selasa.

Lelaki berusia 50 tahun bersama anak lelakinya, 20, itu ditangkap di rumah mereka kira-kira jam 6 pagi manakala seorang lagi suspek lelaki, 24, di kawasan kejiranan yang sama, turut ditahan kerana terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Pegawai AADK daerah, Azry Golbin @Azmi berkata, hasil pemeriksaa­n ujian air kencing mendapati ketigatiga suspek positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan 1983.

Beliau yang juga Ketua Operasi berkata pihaknya akan terus melakukan operasi secara berfokus dengan menumpukan perhatian kepada golongan sasar di setiap kampung yang berpotensi dengan kegiatan penagihan dadah menerusi maklumat risikan dan informasi yang disalurkan oleh orang awam.

“AADK akan terus mengadakan pemantuan secara berterusan dalam membantu masyarakat agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada permasalah­an dadah serta jenayah sosial yang lain berpunca daripada masalah penagihan dadah,” katanya.

Azry mengalu-alukan orang awam untuk menyalurka­n sebarang maklumat atau aduan berkaitan penagihan dadah dengan menghubung­i AADK Keningau di talian 087-339886 atau talian hotline AADK Keningau 0135459998.

 ??  ?? ANGGOTA AADK menahan seorang suspek penyalahgu­naan dadah untuk siasatan lanjut.
ANGGOTA AADK menahan seorang suspek penyalahgu­naan dadah untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia