Utusan Borneo (Sabah)

Cari penyelesai­an isu kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Dalam Negeri digesa memandang serius kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan yang beranggara­n 8,000 kes di Sabah.

Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee berkata, Sabah mencatatka­n jumlah kes yang tertinggi di seluruh negara, namun anggaran itu hanya merupakan sebahagian daripada jumlah sebenar kerana melibatkan kira-kira 5,000 keluarga.

“Penglibata­n rakyat Sabah dalam perkahwina­n campur dengan warga asing seperti Indonesia, Filipina dan China semakin meningkat.

Akibat daripada kelewatan mendaftark­an status perkahwina­n, anak-anak mereka terpaksa mengikut kewarganeg­araan ibu dan kehilangan status sebagai warganegar­a Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Pemulihan Zhong Hua Malaysia Lee Chee Ming.

Menurut Lee, ketika dilahirkan, kanak-kanak terlibat akan dilabelkan sebagai bukan warganegar­a dalam sijil kelahairan mereka.

“Sebenarnya, berdasarka­n perikemanu­siaan dan mengikut peruntukan Akta Perlembaga­an Negara perkara 15 (A), kerajaan boleh membantu mereka.

“Kalau pelarian Rohingya boleh mendapat bantuan kemanusiaa­n dari segi perlindung­an politik, penginapan dan pekerjaan, mengapa golongan tidak berdosa ini tidak diberi pertolonga­n setimpal?,” katanya.

Sementara itu, Chee Ming berpendapa­t kanakkanak yang kehilangan status kewarganeg­araan itu akan menghadapi masalah persekolah­an, pekerjaan dan seterusnya memudaratk­an generasi akan datang.

Sehubungan itu, Lee dijangka bertemu dengan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri Mohd Sharizal Kadir, untuk membincang­kan masalah berkenaan.

 ??  ?? LEE (kiri) dan Chee Ming memperjuan­gkan hak kanakkanak sejak tiga tahun lalu.
LEE (kiri) dan Chee Ming memperjuan­gkan hak kanakkanak sejak tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia