Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak China rakam pertunjuka­n realiti di Sabah

-

KOTAK INA BALU: Pertunjuka­n realiti China bertajuk ‘Youth of China 3 - Nanyang Classroom’ telah tiba di Sabah untuk merakam empat episod yang menampilka­n pelanconga­n dan budaya tempatan di sini.

Sekumpulan lapan kanakkanak dari China melawat Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah (STTSS) pada Isnin, di mana mereka menyertai pelajar menulis kaligrafi Cina serta berbasikal dengan Mayor Datuk Yeo Boon Hai.

Kanak-kanak berkenaan baru kembali dari lawatan di Keningau dan Tenom pada 12 Ogos.

Seramai 32 kanak-kanak terpilih dari pelbagai wilayah di China datang ke Sabah untuk merakam rancangan realiti, yang dihasilkan oleh China Central Television (CCTV) dan Dino Brandwork.

Mereka akan merakam sebanyak lapan episod - empat di Semenanjun­g dan empat di Sabah pada bulan Ogos. Setiap episod menampilka­n lapan kanak-kanak dalam kumpulan berbeza.

Presiden Agensi Pelanconga­n dan Pengembara­an Sabah (Satta) Datuk Seri Winston Liaw berkata empat episod akan dirakam di Sabah selama tempoh lebih daripada 10 hari.

Beliau berkata CCTV mahu menghabisk­an mas ati gahari untuk membuat filem di Kota Kinabalu, tetapi telah mengesyork­an krew filem berkenaan untuk melawat Keningau, Tenom dan juga Sandakan.

“Banyak agensi pelanconga­n kita di Sandakan telah meminta Satta supaya lebih banyak promosi diadakan di kawasan berkenaan.

“Adalah diharapkan lebih banyak pelancong dari China akan memulakan lawatan ke Sandakan pada 2018 selepas rancangan realiti disiarkan pada Disember tahun ini di China, serta bandar lain di luar bandar kerana Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) telah berusaha untuk mempromosi­kan pelanconga­n luar bandar,” katanya.

Beliau berkata penggambar­an filem itu bukan sahaja mempromosi­kan pelanconga­n luar bandar negeri ini, tetapi juga menyediaka­n platform untuk pertukaran kebudayaan antara peserta tempatan dan Cina.

Liaw berkata, Yeo turut dimasukkan dalam filem rancangan realiti untuk mempromosi­kan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah kepada pelancong memandangk­an Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menyediaka­n 120 basikal untuk digunakan pelancong secara percuma.

 ??  ?? LIAW (kanan) bersama lapan kanak-kanak dari China semasa penggambar­an di STTSS.
LIAW (kanan) bersama lapan kanak-kanak dari China semasa penggambar­an di STTSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia