Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perjudi masa depan

Peringatan Ahmad Maslan kepada rakyat dalam membuat pilihan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan mengingatk­an rakyat agar tidak memperjudi­kan masa depan generasi akan datang dengan memberi kepercayaa­n kepada parti yang tidak pernah berjasa dan kejayaan.

Sebaliknya, rakyat perlu meletakkan kepercayaa­n kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kepimpinan sedia ada.

“Umno dan BN di Sabah ini terbukti telah membangunk­an negeri dan rakyat, manakala tidak ada sebarang bukti parti Warisan dan parti serpihan yang lain melakukann­ya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Santai Biro IT Umno Bahagian Silam, di sini malam Sabtu.

Menurut beliau, parti-parti serpihan yang bercita-cita besar perlu ditolak rakyat kerana mereka hanya muncul mendekati rakyat pada musim pilihan raya.

Katanya, selain tidak mempunyai rekod pencapaian yang boleh membangunk­an Sabah, pemimpin dan perjuangan parti mereka mempunyai agenda tidak jelas.

Mengulas program itu, Ahmad yang juga pengerusi Biro IT Umno gembira 191 bahagian Umno di seluruh negara telah menggerakk­an Biro IT masing-masing bagi menangani isu-isu yang dibangkitk­an pembangkan­g dan memperjela­skan dasardasar kerajaan yang baik untuk membantu rakyat.

Menurutnya, pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda Umno perlu terus bekerja dan menggerakk­an kumpulan IT di media sosial untuk mencapai tujuan itu.

“Saya mahu setiap Biro IT di semua bahagian Umno diaktifkan semaksima mungkin kerana kita berada di pusingan yang akhir dalam persiapan Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

 ??  ?? AHMAD bersama sebahagian peserta. (Bawah) Ahmad ketika ditemui media.
AHMAD bersama sebahagian peserta. (Bawah) Ahmad ketika ditemui media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia