Utusan Borneo (Sabah)

Beri kerjasama baik kepada Esscom

-

Oleh AMIR ANUAR SEMPORNA: Pengusaha resort dan pelanconga­n di daerah ini diharap memberikan kerjasama baik dengan pasukan keselamata­n khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah berkata, pasukan keselamata­n tidak boleh bekerja secara bersendiri­an tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

“Kita perlu membantu dan bersama-sama pasukan keselamata­n untuk memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena sesi dialog dan majlis pertemuan Esscom dengan pengusaha serta pengendali bot pelanconga­n di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Tindakan Awam Esscom Rohiman Rahia, Ketua Staf Pusat Operasi Esscom Brig Jen Dato’ Md Rahim Mohamad, Timbalan Ketua Staf Perisikan Esscom ACP Hashim Justin, Timbalan Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal Esscom ACP Victor Sanjos, dan Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas.

“Pengusaha resort mempunyai tanggungja­wab membantu pasukan keselamata­n dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanak­an semua peraturan yang dikuatkuas­akan.

“Apabila ada kerjasama baik daripada semua pihak termasuk pengusaha bot pelanconga­n, pasukan keselamata­n akan dapat melaksanak­an tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Chacho berkata, semua ejen pelanconga­n terutamany­a dari China begitu mengambil berat soal keselamata­n termasuk kemudahan yang disediakan oleh para pengusaha resort.

Menurutnya, Esscom sudah mengeluark­an garis panduan keselamata­n bot-bot pelancong yang diedarkan melalui pejabat daerah sebagai panduan asas kepada semua pengusaha.

“Sistem Pengesan Automatik (AIS) misalnya perlu dipasang oleh semua pengusaha bot pelanconga­n untuk keselamata­n semua pihak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia