Utusan Borneo (Sabah)

Ekspedisi merdeka ke puncak Dompurongo­n 31 Ogos

-

RANAU: Program Hiking Ekspedisi Merdeka Menuju Puncak Dompurongo­n mempelawa peminat aktiviti hiking untuk menyertai program itu pada 31 Ogos bermula 8 pagi di Bukit Dompurongo­n Kampung Marakau, di sini.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah merangkap Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat akan merasmikan program pada hari berkenaan

Program Ekspedisi ‘Dakian Merdeka Menuju Puncak Dompurongo­n’ itu anjuran Pejabat Daerah Ranau dengan kerjasama Pelajar Praktikal dan ia merupakan antara acara diadakan di sini untuk menyemarak­kan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2017 dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Pengurus Program Florencia Padasian mengalualu­kan penyertaan orang ramai yang berumur 16 tahun ke atas, sama ada di sekitar daerah Ranau ataupun luar daerah untuk bersama-sama menyertai ekspedisi di sini.

Sementara itu, trek hiking ke Bukit Dompurongo­n sudah terkenal sebagai trek yang cantik untuk acara seumpamany­a.

Yuran penyertaan bagi setiap peserta ialah RM10 sahaja dan peserta akan diberikan sijil penyertaan serta makan dan minum.

Menurut Florencia, antara matlamat program itu ialah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemerdekaa­n yang dikecapi sehingga sekarang ini.

Selain itu, ia juga memberi pendedahan tentang aktiviti luar yang lasak serta mencabar, ke arah mewujudkan masyarakat yang bukan sahaja cerdas dari segi mental dan fizikal, di samping pendedahan terhadap kempen bumi hijau.

Peminat hiking yang mahu maklumat lengkap dan ingin mengikuti program itu boleh menghubung­i Syahrul (0138598483) dan Syera (0109407363).

Para peserta dikehendak­i datang mendaftar kepada pihak urus setia dengan memakai pakaian yang sesuai serta kelengkapa­n hiking untuk keselesaan mereka.

 ??  ?? PEMANDANGA­N indah di puncak Bukit Dompurongo­n, Ranau. BUNGA Rafflesia terdapat di trek laluan ke puncak Dompuronga­n.
PEMANDANGA­N indah di puncak Bukit Dompurongo­n, Ranau. BUNGA Rafflesia terdapat di trek laluan ke puncak Dompuronga­n.
 ?? Gambar atas ?? TREK pendakian penuh dengan kehijauan hutan.
Gambar atas TREK pendakian penuh dengan kehijauan hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia