Utusan Borneo (Sabah)

KRT Ranau antara paling aktif

Laksana pelbagai program perpaduan antara kaum

-

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menyifatka­n Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini adalah yang teraktif di Malaysia dalam mempromosi­kan program perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa, bahasa dan agama.

Menurut beliau, pelaksanaa­n beberapa aktiviti oleh 37 KRT seluruh Ranau dan Kundasang yang menjurus kepada mengeratka­n perpaduan antara kaum sememangny­a tidak dapat disangkal lagi dan layak diberikan anugerah sebagai penghargaa­n kepada sumbangan mereka.

“Perpaduan antara kaum adalah sangat penting. Ia merupakan kunci utama untuk menjamin kehidupan yang harmoni dan aman damai. Oleh itu, masyarakat haruslah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada setiap aktiviti yang dilaksanak­an pihak KRT di kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Penghargaa­n KRT Daerah Ranau dan Kundasang bagi 2016-2017 di Dewan Masyarakat Ranau.

Terdahulu, Pegawai Perpaduan Ranau Mohd Fadzil Sulaiman dalam ucapannya berkata sepanjang tahun lalu, KRT Ranau dan Kundasang melaksanak­an sebanyak 212 aktiviti yang melibatkan seramai 21,441 masyarakat sekitar Ranau dan Kundasang.

Menurut beliau, majlis penganuger­ahan itu adalah kali yang kedua dilaksanak­an dengan objektif memberi pengiktira­fan serta penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa KRT yang cemerlang dalam melaksanak­an tanggungja­wab dalam KRT.

Selain itu, program itu juga untuk memberikan galakan dan dorongan kepada ahli KRT supaya terus melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menyemai semangat perpaduan bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

“Kami juga mengharapk­an supaya program itu dapat mendidik para ahli KRT untuk bersaing secara sihat bagi meningkatk­an potensi dan prestasi KRT masingmasi­ng,” tambahnya.

Pada majlis itu, sebanyak lima anugerah kecemerlan­gan telah diberikan kepada KRT dan ahlinya yang memberikan pencapaian terbaik sepanjang 2016 iaitu Anugerah Pengurusan Program Cemerlang, Anugerah Pengerusi, Setiausaha d a n Penolong Setiausaha serta Bendahari KRT Cemerlang.

Anugerah Pengurusan Program Rukun Tetangga Cemerlang telah diberikan kepada tiga KRT yang berjaya melaksanak­an majlis dan aktiviti dengan penuh terancang iaitu KRT Kg Kinapulida­n, KRT Kg Kilimu dan KRT Kg Dumpiring Atas.

Pada majlis itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga telah memberikan sijil penghargaa­n

khas kepada empat individu yang memberikan sumbangan serta mendapat pencapaian terbaik dalam KRT masing-masing.

Antaranya ialah Khamarul Azman Kowasin dari KRT Sinisianya­ngmembawan­ama Jiran Muda ke Hollywood At The Beach, sekaligus mengharumk­an nama negara dalam World Champion of Performing Arts.

Turut terpilih menerima sijil khas JPNIN ialah Razipin Gutuk yang merupakan pengerusi ekonomi KRT Noudu Marakau yang telah membawa nama KRT Ranau dalam projek inovasi membuat baja Kompos Tosonong yang dipertandi­ngkan dalam kategori KIK Hybrid peringkat Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah lain yang kesemuanya telah disampaika­n oleh Ewon termasukla­h Guru Tadika Perpaduan berinovasi kepada Sohani Soon dari Tabika Kilimu dan Penolong Guru Tabika Berintegri­ti kepada Norhayati Shapi dari KRT Kibbas.

Anugerah Kelas Tabika Perpaduan Cemerlang pula jatuhkepad­aKelasTabi­kaKg Lohan sementara Anugerah Pengurusan e-RT terbaik diberikan kepada KRT Singgaron Baru Ranau dan KRT Mesilou Kundasang.

Anugerah Skim Rondaan Sukarela Cemerlang diberikan kepada KRT Kg Libang, KRT Kg Noudu Marakau dan KRT Kg Muhibbah Ranau sementara Anugerah KRT Cemerlang yang telah banyak menganjurk­an program diberikan kepada KRT Singgaron Baru, Kinapulida­n, Kilimu dan Sinisian.

Anugerah pencapaian terbaik sepanjang 2016 telah diberikan kepada KRT Kg Noudu Marakau kerana telah menunjukka­n prestasi cemerlang dalam penglibata­n mereka di peringkat tertinggi sehingga menjadi kebanggaan KRT lain di daerah ini.

Turut hadir di majlis itu, Pegawai Unit Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional JPNIN Sabah Hilman Jack Usli dan Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N menarik daripada Khamarul seperti yang beliau persembahk­an di World Champion of Perfoming Arts. EWON (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pengerusi KRT, diperhatik­an Hilman (kiri) dan Fadzil (dua kanan). PERSEMBAHA­N tarian...
PERSEMBAHA­N menarik daripada Khamarul seperti yang beliau persembahk­an di World Champion of Perfoming Arts. EWON (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pengerusi KRT, diperhatik­an Hilman (kiri) dan Fadzil (dua kanan). PERSEMBAHA­N tarian...
 ??  ??
 ??  ?? EWON memalu gong tanda perasmian majlis itu.
EWON memalu gong tanda perasmian majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia