Utusan Borneo (Sabah)

Motivasi Pecutan Akhir SPM

152 calon SPM SMK Pantai dipilih sertai program

-

SERAMAI 152 calon SPM SMK Pantai IB World School telah mengikuti Program Motivasi Pecutan Akhir SPM di Dewan Gemilang sekolah itu pada Isnin.

Motivasi berkenaan dikendalik­an penceramah jemputan yang diundang khas dari Kuala Lumpur, Hilter Yew.

Beliau berpengala­man luas mengendali­kan program motivasi di seluruh negara.

Program di bawah kendalian Unit Kaunseling SMK Pantai IBWS itu turut melibatkan para ibu bapa dalam masa dua jam akhir slot.

Pengetua SMK Pantai Sahar Misron berkata program itu adalah bagi menyuntik semangat dan membangkit­kan rasa sedar diri kepada calon SPM SMK Pantai IBWS yang akan berjuang menentukan masa depan masing-masing pada November tahun ini.

Katanya, waktu tiga bulan adalah jangkamasa agak singkat untuk para pelajar membuat persediaan rapi.

“Sehubungan itu, para ibu bapa memainkan peranan besar untuk melonjakka­n kecemerlan­gan anak mereka,” katanya.

Sahar yang turut bersama para pelajar dan ibu bapa mengingatk­an semua pelajar supaya bersedia sepenuhnya membuat ulangkaji berfokus dan mematuhi nasihat ibu bapa dan guru demi keberkatan ilmu serta mengamalka­n sahsiah terpuji dan disiplin belajar yang tekal dan konsisten.

“Sekolah menyasarka­n peratus lulus 100 peratus SPM Tahun 2017 dan Gred Purata Sekolah di bawah 5.0,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Antara ibu bapa yang hadir ialah Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ishak Aku Abd Rahman.

Mereka berdoa supaya prestasi SPM sekolah berkenaan terus cemerlang pada tahun ini.

Mereka yakin perubahan set minda dan perubahan budaya belajar para pelajar adalah selari dengan pengiktira­fan SMK Pantai sebagai salah sebuah daripada sembilan sekolah yang telah diiktiraf sebagai IB World School.

Turut menyertai program itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Norazita Md Noor, Penolong Kanan HEM Wan Azmona Wan Mohamed dan Guru Kanan Bahasa Jakiah Ingkam serta guru-guru yang mengajar Tingkatan 5.

Sahar berkata, pada 21 Ogos ini, akan diadakan program motivasi pecutan akhir untuk calon PT3 dan calon Pendidikan Asas Vokasional yang melibatkan 209 pelajar.

 ??  ?? SAHAR (lima kiri) bersama calon SPM SMK Pantai yang mengikuti program itu.
SAHAR (lima kiri) bersama calon SPM SMK Pantai yang mengikuti program itu.
 ??  ?? HILTER (kiri) menerima cenderamat­a daripada Sahar sambil diperhatik­an Kaunselor SMK Pantai Aman Rashiak (kanan).
HILTER (kiri) menerima cenderamat­a daripada Sahar sambil diperhatik­an Kaunselor SMK Pantai Aman Rashiak (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia