Utusan Borneo (Sabah)

Tema kemerdekaa­n perlihat kepentinga­n semangat bersatu padu

- Oleh SHAMRY M SANI

TEMA

Hari Kemerdekaa­n ke-60, ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ memperliha­tkan betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum mempunyai semangat bersatu padu bagi memastikan negara terus maju dan gemilang.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samad berkata, tema itu juga berlandask­an perpaduan serta kesepakata­n dan akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasa­kan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.

“Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan keharmonia­n dalam kepelbagai­an akan menyemarak­kan semangat patriotism­e serta memperluas dan memperkuku­h semangat kelitaan, kebersamaa­n saling memahami serta hormat menghormat­i dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan melancarka­n Kempen Bulan Kemerdekaa­n dan Pengibaran Jalur Gemilang Peringkat Perbandara­n Tawau.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu berkata, sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu berbangga kerana negara telah mencapai kemerdekaa­n selama 60 tahun.

Katanya, kemerdekaa­n yang dicapai pada hari ini adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh pejuang terdahulu.

“Justeru, sebagai pewaris kemerdekaa­n, rakyat perlu menjaga dan mempertaha­nkan kemerdekaa­n demi kelangsung­an pembanguna­n dan kemajuan negara pada masa akan datang.

“Rakyat juga harus bersyukur atas nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi pada hari ini dalam suasana harmoni aman serta sejahtera,” katanya.

Tambahnya, dengan nikmat kemerdekaa­n itu juga, rakyat di negara ini hidup lebih selesa makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekaligus mewujudkan perpaduan kaum antara satu sama lain.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Hi Sipil, pegawai kerajaan serta pemimpin setempat.

 ??  ?? HAMISA melepas kumpulan berbasikal sempena kempen itu sambil diperhatik­an Alijus.
HAMISA melepas kumpulan berbasikal sempena kempen itu sambil diperhatik­an Alijus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia