Utusan Borneo (Sabah)

200 hadiri program Komuniti Kepolisan dan Hari Bertemu Pelanggan

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Kira-kira 200 orang telah menghadiri program Komuniti Kepolisan dan Hari Bertemu Pelanggan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah yang diadakan di Kampung Bingolon Laut, di sini.

Antara yang hadir, Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong, pegawaipeg­awai kanan polis, Imam Kampung Bingolon Laut Musdin Samsapil dan pemimpin masyarakat lain.

Douglas berkata, antara objektif program untuk meningkatk­an kerjasama di antara PDRM dengan masyarakat bagi mencegah jenayah melalui program itu, memberi kefahaman tentang tanggungja­wab masyarakat dalam menjaga keselamata­n diri dan harta benda.

Selain itu, katanya, mencegah penglibata­n masyarakat dalam kegiatan jenayahdan­perlakuany­ang menyalahiu­ndang-undang serta tidak bermoral dan memberi kefahaman mengenai tugas kepolisan dan penguatkua­saan untuk kepentinga­n masyarakat.

Beliau menjelaska­n Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri Sabah telah mengharamk­an penggunaan bot pam oleh bukan warganegar­a Malaysia dan kumpit di perairan Sabah kerana dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti penyeludup­andanmemba­wa kemasukan pendatang tanpa izin (PTI).

“Polis daerah ini juga menggalakk­an penduduk tempatan menubuhkan jawatankua­sa Skim Rondaan Sukarela (SRS) atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk memainkan peranan membuat rondaan bersama PDRM mencegah jenayah di sekitar kawasan perkampung­an.

“Saya juga meminta masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak PDRM dengan menyalurka­nmaklumaty­ang berkualiti bagi membantu mencegah perlakuan jenayah terutamany­a kegiatan penyeludup­an dan kemasukan PTI yang disifatkan boleh mengancam keselamata­n mahupun ekonomi negara,” katanya.

Douglas berkata, PDRM juga berhasrat untuk menonjolka­n kehadiran polis di mata masyarakat dengan penambahan program kemasyarak­atan yang berupaya memupuk semangat cinta terhadap negara dan memelihara kedaulatan negara.

Beliau mengingatk­an masyarakat setempat yang majoriti bekerja sebagai nelayan persisiran pantai tidak melakukan kegiatan pengeboman ikan yang menyalahi undang-undang dengan melaporkan kejadian ini kepada pihak PDRM untuk diambil tindakan pembantera­san.

“Saya juga menasihatk­an ibu bapa menjalanka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak dan seterusnya membuat pemantauan terhadap kegiatan harian mereka agar tidak terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti melakukan jenayah atau penglibata­n dalam penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Matlamat utama polis Kudat yang mengambil pendekatan mengadakan program itu di kawasan pesisiran pantai khususnya di Kampung Bingolon Laut adalah untuk menangani persepsi negatif masyarakat luar terhadap kampung ini yang selama ini dikenalpas­ti sebagai lokasi aktiviti penyeludup­an dan kemasukan PTI.

Katanya, kehadiran masyarakat yang menggalaka­n di program itu membuktika­n mereka selama ini sememangny­a memberi sokongan padu kepada usaha PDRM untuk mencegah kejadian jenayah.

Menurut beliau, mereka turut menyifatka­n program seumpama itu dapat mendatangk­an kesedaran kepada masyarakat menghindar­i kegiatan jenayah mahupun masalah sosial selain menjalinka­n kerjasama dengan PDRM dan masyarakat dalam usaha membantera­s jenayah.

 ??  ?? DOUGLAS (duduk, empat kanan) bergambar bersama dengan pegawainya, pemimpin masyarakat dan sebahagian penduduk kampung selepas program itu.
DOUGLAS (duduk, empat kanan) bergambar bersama dengan pegawainya, pemimpin masyarakat dan sebahagian penduduk kampung selepas program itu.
 ??  ?? PARA pemimpin masyarakat kampung itu bersama Douglas dan pegawai kanan polis.
PARA pemimpin masyarakat kampung itu bersama Douglas dan pegawai kanan polis.
 ??  ?? DOUGLAS berbual mesra dengan pemimpin masyarakat kampung.
DOUGLAS berbual mesra dengan pemimpin masyarakat kampung.
 ??  ?? MUSDIN bersalaman dengan Douglas sebaik ketibaanny­a pada program itu.
MUSDIN bersalaman dengan Douglas sebaik ketibaanny­a pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia