Utusan Borneo (Sabah)

Kecewa masalah air muncul semula

Tekanan air rendah, segelintir penduduk terjejas

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Akibat tekanan air yang rendah dan penjaduala­n bekalan air tiga kali seminggu, segelintir penduduk Kg Kenangan II, simpang Tai Wong mengalamig­angguanbek­alan air sekaligus menjejaska­n aktiviti seharian mereka.

Menurut seorang penduduk, Rahmat Janit, 49, masalah itu telah berlanjuta­n sejak beberapa tahun lalu namun sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesai­an meskipun beberapa aduan telah diajukan kepada pihak berwajib.

“Kami merasa amat kecewa apabila setiap kali aduan yang diajukan hanya menemui jalan penyelesai­an untuk beberapa hari sahaja, setelah itu masalah sama akan muncul semula.

“Sepertiman­a kami sedia maklum, salah satu permasalah­an adalah disebabkan oleh tempoh masa yang diberikan agak singkat untuk kami memenuhkan tangki masing-masing.

“Ini kerana, apabila saluran paip dibuka tekanan air hanya sampai kepada penduduk yang berada di pertengaha­n bukit sahaja namun tidak sempat sampai ke tempat kami yang tinggal di kawasan bukit yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi akibat tekanan air yang agak rendah,” katanya.

Tambahnya, lebih memburukka­n keadaan lagi apabila ada kalanya bekalan air itu langsung tidak sampai ke tempat mereka meskipun telah menggunaka­n alat pengepam air bagi mendapatka­n sumber air, walaupun terpaksa menanggung kos elektrik yang lebih tinggi berbanding penduduk yang berada di kawasan sekitar.

Marhalim Kadir, 46, pula berkata, permasalah­an itu turut menjadi beban kepada mereka sehinggaka­n adakalanya terpaksa membeli air bagi menampung kegunaan harian.

“Kami rasa amat kecewa dengan permasalah­an yang sering berulangka­li terjadi dan berharap pihak yang berwajib khususnya Jabatan Air Cawangan Lahad Datu dapat menjalanka­n siasatan sekaligus dapat menyelesai­kan permasalah­an ini demi keselesaan penduduk kampung,” katanya.

Menurut beliau, berdasarka­n beberapa siri mesyuarat kampung sebelum itu, penduduk Kampung Kenangan II ada dimaklumka­n berkenaan kewujudan tangki besar yang dibina di kampung berkenaan namun tidak mengetahui sama ada ia berfungsi atau tidak.

“Berdasarka­n permerhati­an, kami dapati tangki itu telah siap dibina sepenuhnya namun kami tidak mengetahui sama ada ia berfungsi atau tidak... atau saluran paip telah disalurkan ke kawasan kampung berhampira­n.

“Ini yang menjadi persoalan kepada kami, kerana kami percaya seandainya tangki itu berfungsi dan disalurkan kepada penduduk kampung, sudah tentu permasalah­an berhubung bekalan air tidak akan berlaku,” katanya.

 ??  ?? TANGKI yang dibina dan bertapak di kawasan bukit Kampung Kenangan II.
TANGKI yang dibina dan bertapak di kawasan bukit Kampung Kenangan II.
 ??  ?? RAHMAT JANIT
RAHMAT JANIT
 ??  ?? MARHALIM KADIR
MARHALIM KADIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia