Utusan Borneo (Sabah)

Instrumen beduk wajar diperkenal

Untuk dihayati dan dipelajari generasi muda

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

MEMBAKUT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif pada Ahad telah merasmikan Festival Beduk Peringkat Daerah Kecil Membakut yang telah berlangsun­g di Dewan Dato Syahbandar Salleh Kampung (Kg.) Binsulok, di sini pada Ahad.

Festival ini mengetenga­hkan salah satu instrumen tradisi Islam keperluan musim waktu berbuka puasa dan solat waktu bulan Ramadan dan hari raya selain untuk memberitah­u apabila ada musibah seperti orang meninggal dunia dan sebagainya di sesebuah kampung.

Pada masa lampau, beduk akan dipalu apabila masuknya waktu solat, tibanya Ramadan, hari raya ataupun ada perkumpula­n di mana setiap pukulan adalah berbeza-beza mengikut tujuannya mengapa ianya dibunyikan.

Penganjura­n Festival Beduk adalah bertujuan untuk memperkena­lkan kepada generasi muda masa kini tentang pentingnya alat beduk ini dalam kehidupan masyarakat dulu-dulu di mana budaya pukul beduk ini wajar diperkenal­kan dan dipelihara agar ianya tidak terus pupus di telan zaman.

Sebanyak sepuluh kampung dalam daerah Membakut menyertai pertanding­an pukul beduk ini iaitu Kg. Limadang, Saga Saga, Brunei, Mawau, Bambangan, Lumat, Baitam, Baru Membakut, Binsulok dan Likas Binsulok.

Turut diadakan sempena festival itu adalah Pertanding­an Melukis Kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang disertai kira-kira 40 orang kanak-kanak.

Lebih tiga ribu masyarakat kampung sekitar daerah Membakut hadir menyaksika­n Festival Beduk Peringkat Daerah Kecil Membakut berkenaan.

Sementara itu dalam pertanding­an pukul beduk, johan telah disandang oleh Haji Saruji Hj Abd Rahman wakil dari Kg. Brunei, naib johan Ag Anak dari Kg. Saga Saga dan tempat ketiga Haji Wan Estor Wan Tuah dari Surau Cahaya Hidayah Kg. Likas Binsulok.

Manakala bagi pertanding­an mewarna kanak-kanak johan disandang oleh Nur Farhana Syahrina Ag Fadli, naib johan Dg. Nurhidayah Ag Amat dan tempat ketiga Nurul Syazwanie Ag Liman.

Hadiah saguhati turut diberikan kepada empat peserta iaitu Dg Nurun, Mohd Yuzeirey, Nur Hurul Ain dan Agku Ahmad Lutfi.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Membakut Hj Sanudin Hj Ismail, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Membakut Hj Pg Hamzah Pg Ag Simpul dan Ketua Daerah Membakut Hj Muadi Saman. Hj Abd Latif Osman.

 ??  ?? (Gambar atas) ARIFIN menyampaik­an hadiah saguhati kepada peserta pertanding­an melukis kanak-kanak. (Gambar kiri) JOHAN pertanding­an melukis Nur Farhana Syahrina Ag Fadli menerima hadiah daripada Hj Abd Rahim Hj Said (kiri) diperhatik­an Abd Samad Hj...
(Gambar atas) ARIFIN menyampaik­an hadiah saguhati kepada peserta pertanding­an melukis kanak-kanak. (Gambar kiri) JOHAN pertanding­an melukis Nur Farhana Syahrina Ag Fadli menerima hadiah daripada Hj Abd Rahim Hj Said (kiri) diperhatik­an Abd Samad Hj...
 ??  ?? HAJI Saruji Hj Abd Rahman (kanan) menerima hadiah johan pertanding­an pukul beduk daripada Arifin.
HAJI Saruji Hj Abd Rahman (kanan) menerima hadiah johan pertanding­an pukul beduk daripada Arifin.
 ??  ??
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an hadiah kepada Awang Kanak naib johan pertanding­an pukul beduk.
ARIFIN menyampaik­an hadiah kepada Awang Kanak naib johan pertanding­an pukul beduk.
 ??  ?? SALAH seorang peserta memperdeng­arkan pukulan beduk sempena pertanding­an itu.
SALAH seorang peserta memperdeng­arkan pukulan beduk sempena pertanding­an itu.
 ??  ?? HAJI Wan Estor menerima hadiah tempat ketiga daripada Arifin.
HAJI Wan Estor menerima hadiah tempat ketiga daripada Arifin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia