Utusan Borneo (Sabah)

‘Lady Gaga Malaysia’ di Miri promosi Lefestour 8.0

- Oleh STEVE ANNUAR

PELAKON Didie Alias berada di Miri untuk mempromosi­kan karnival fesyen, kecantikan dan makanan, Lefestour 8.0 yang akan diadakan pada 25 dan 27 Ogos di Stadium Tertutup.

Dikenali Lady Gaga Malaysia, Didie petang kelmarin telah menemui lebih 200 peminat dari Miri dan negara jiran, Brunei Darussalam bersenamro­bik beramairam­ai di Dataran Kipas.

Juru tunjuk senamrobik Zin Rynna (nama sebenar Zurainah Manjawi) berkata, kehadiran Didie memeriahka­n lagi suasana selain peluang peserta beramah mesra dengan beliau yang pertama kali ke sini.

Rynna memberitah­u, aktiviti senamrobik di Dataran Kipas diadakan setiap petang Sabtu dan Ahad bermula jam 5 hingga 6 petang.

“Aktiviti kesihatan ini dikendalik­an bawah Pustaka Miri hampir lapan tahun. Alhamdulil­lah, sambutan yang diberikan dari penduduk begitu menggalakk­an sekali,” jelasnya.

Rynna berpengala­man sebagai juru tunjuk senamrobik selama sembilan tahun dan jurulatih zumba selama empat tahun.

Dalam pada itu, sebanyak 25 gerai juadah dan 99 jenama popular dipromosik­an semasa karnival Lefestour yang turut menawarkan 5000 cenderahat­i kepada pengunjung dan hadiah menarik cabutan bertuah.

Ia akan dimeriahka­n dengan konsert mini, acara kekeluarga­an, boxing hour, pertanding­an karaoke dan beramah mesra dengan artis.

Didie turut dijadual berada di Bekenu untuk mempromosi­kan Lefestour.

 ??  ?? Gambar fail yang diambil pada 21 Oktober 2016 ini menunjukka­n penyanyi dan penulis lagu Taylor Swift membuat persembaha­n dalam satu-satunya konsert penuh beliau pada tahun 2016 semasa Formula 1 United States Grand Prix di Circuit of The Americas di...
Gambar fail yang diambil pada 21 Oktober 2016 ini menunjukka­n penyanyi dan penulis lagu Taylor Swift membuat persembaha­n dalam satu-satunya konsert penuh beliau pada tahun 2016 semasa Formula 1 United States Grand Prix di Circuit of The Americas di...
 ??  ?? SENAMROBIK: Didie (kiri) dan Rynna (kanan) mengetuai senamrobik di Dataran Kipas Miri.
SENAMROBIK: Didie (kiri) dan Rynna (kanan) mengetuai senamrobik di Dataran Kipas Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia