Utusan Borneo (Sabah)

‘The Gifted’ siri terbaru di saluran Fox, Oktober ini

-

RANGKAIAN televisyen Fox di Amerika Syarikat baru-baru ini memberi maklumat cerita rasmi yang pertama untuk keluaran sampingan ‘X-Men’ – di mana ia mengesahka­n XMen tidak ada dalam siri baharu tersebut.

‘The Gifted’ – kerjasama pertama Fox dengan Marvel – dibintangi Stephen Moyer dan Amy Acker sebagai ibu bapa pelarian kepada anak-anak mutan yang lari dari ejen-ejen kerajaan yang tidak jujur.

Spekulasi telah berkisar dalam media sosial bahawa Professor X dan rakanrakan tidak akan memainkan peranan apabila ‘The Gifted’ menyertai satu lagi rangkaian mutan bawah tanah.

“Itu bukan satu helah. Itu bukan bermakna ‘The X-Men’ sudah tiada lagi dan kita tidak akan menanganin­ya lagi,” kata pengendali program Matt Nix kepada wartawan di jelajah media musim panas Persatuan Pengkritik Televisyen di Los Angeles.

“Ia adalah satu perkara dalam program itu dan kita akan menerokain­ya, dan ia amat penting sekali bagi orang-orang ini, ia amat penting sekali di dunia. Ia merupakan salah satu misteri utama dalam program itu.”

Pertunjuka­n 10 episod itu bukan berdasarka­n mana-mana satu jalan cerita Marvel Comics, tetapi ia akan berkongsi beberapa watak dengan francais filem ‘X-Men’.

Polaris, Blink dan watak kegemaran lain dijangka akan muncul, tetapi kuasa mereka mungkin tidak dibentuk sepenuhnya seperti di dalam buku komik, kata Nix. “Dia tidak selesa dengan kuasanya ... Dia bergelut dengannya,” kata Jamie Chung, yang membawa watak Blink. Moyer berkata Marvel telah menyediaka­n semua komiknya kepada barisan pelakon untuk diselidiki, “supaya semua kami dapat turun ke dalam lubang arnab ataupun tidak. Ia terpulang kepada setiap pelakon”. Usahasama Marvel dengan Disney sejak itu menenggela­mi filem-filem ‘X-Men’ tetapi filem asal pada 2000 dipuji kerana mencetuska­n semula kemunculan filem-filem adiwira. Sepuluh filem ‘X-Men’ setakat ini mengaut AS$5 bilion (RM22.5 bilion) dalam resit ‘box office’ di seluruh dunia. Filemfilem tersebut amat pelbagai sekali dalam kualiti, dengan ‘Days of Future Past’ menerima reviu yang hampir seluruhnya indah manakala ‘Origins’ dihentam oleh pengkritik.

Selepas membintang­i lapan daripada filem-filem itu dalam tempoh 17 tahun, Hugh Jackman kembali pada Mac lalu untuk penampilan terakhirny­a sebagai Wolverine dalam ‘Logan’, cerita yang lebih resah dan gelap mengenai dunia ‘X-Men’.

Penerbit ‘The Gifted’ ditanya sama ada program mereka akan merujuk kepada alam semesta yang lebih besar, seperti ‘Agents of S.H.I.E.L.D.’ dikaitkan dengan Marvel Cinematic Universe, atau tidak.

“Jika kita cuba menjadikan­nya kaitan langsung di antara filem ‘XMen’ dengan siri televisyen, cara yang lebih baik untuk melihatnya adalah ini,” kata ketua Marvel Television, Jeph Loeb.

“Jika anda seorang peminat ‘X-Men’ dan anda pergi ke kedai buku komik setiap Rabu, anda tahu ada buku lain yang wujud dalam dunia ini.”

Fox turut berkata aktres ‘Twin Peaks’ dan ‘24: Legacy’ Elena Satine akan menyertai siri itu sebagai Dreamer, mutan yang dapat mengeluark­an atau menyimpan memori orang.

“Salah satu perkara mengenai wataknya ialah ia adalah kuasa yang amat seksi dan bukan kuasa yang amat besar,” kata Nix.

“Kami tidak meletupkan bangunan dengannya ... Ia tidak melibatkan kerja CG (janaan komputer) selama enam minggu.”

‘The Gifted’ akan mengadakan tayangan perdana di saluran Fox pada 2 Oktober. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia