Utusan Borneo (Sabah)

Baucar ringankan beban belanja sekolah anak

Yayasan Sarawak diamanah laksana pembekalan pakaian seragam sekolah kepada pelajar

-

SIBU: Pemberian Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak mencermink­an keprihatin­an dan komitmen kerajaan negeri membantu meringanka­n beban ibu bapa menanggung perbelanja­an persekolah­an anak-anak mereka.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang danMenteri­KewanganKe­dua Dato Sri Wong Soon Koh berkata sejak 2000, Yayasan Sarawak diamanahka­n oleh kerajaan negeri melaksanak­an pembekalan pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan beg kepada pelajar di seluruh Sarawak.

“Mulai2017,kerajaanne­geri menambah peruntukka­n kepada RM4 juta setahun dengan kadar bantuan RM200 seorang penerima.

“Bukan sahaja bantuan pakaian seragam, kerajaan juga menyediaka­n peruntukan besar memastikan kelangsung­an pendidikan untuk pelajar termasuk infrastruk­tur, bantuan biasiswa, Baucar 1Malaysia dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Chong Kung dan Temenggung Stanley Geramong.

Seramai 150 pelajar daripada tiga sekolah menengah, tujuh sekolah rendah dan 11 sekolah jenis kebangsaan Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan menerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak disampaika­n oleh Wong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berharap pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dan seterusnya mendalami ilmu digital seperti yang ditekankan oleh Ketua Menteri.

Beliau berkata, dunia digital dan bahasa Inggeris mampu memperkena­l masyarakat khususnyap­elajarkepa­da‘New

dengan menggunaka­n sepenuhnya teknologi terkini.

“Oleh itu, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi di bawah Dato Sri Michael Manyin Jawong menggesa supaya sebuah sekolah setiap DUN di negeri ini mengikuti program Sekolah Rendah Angkat Bahasa Inggeris sama ada dalam sekolah atau di luar sekolah.

“Ini kerana, bahasa Inggeris adalah bahasa global, jika kamu mahu buat sesuatu yang baharu dengan cara baharu melaui digital kamu perlu menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata pada awalnya kerajaan negeri hanyamempe­runtukkanR­M2 juta setahun kepada Yayasan Sarawak mengagihka­n bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada 20,000 pelajar di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, timbul aduan daripada pihak tertentu bahawa peruntukan RM100 itu tidak mencukupi khususnya di luar bandar.

 ??  ?? WONG (tiga kiri) menyampaik­an Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak kepada salah seorang penerima.
WONG (tiga kiri) menyampaik­an Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia