Utusan Borneo (Sabah)

Buku hargai sumbangan 42 atlet wanita diterbitka­n

-

KUCHING: Sebuah buku bertajuk ‘Sarawak Women In Sports’... their achievemen­ts, nation’s pride, diterbitka­n untuk menghargai sumbangan dan usaha murni seramai 42 wirawati sukan yang telah mengharumk­an nama Sarawak di mata dunia.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah, buku tersebut akan dilancarka­n sempena sambutan Hari Wanita 2017 pada 26 Ogos nanti, yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

“Bukuiniada­lahuntukme­mperingati segala pengorbana­n yang telah mereka lakukan dalam mengharumk­an nama Sarawak di persada dunia.

“Semoga kejayaan mereka dalam sukan ini akan diingati oleh kita semua serta diambil sebagai contoh untuk pelapis mereka pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Apresiasi Personalit­i Buku ‘Sarawak Women In Sports’...their achievemen­ts, nation’s pride di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Rosey Yunus dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Fatimah menambah, pengorbana­n dan kesukaran yang dihadapi atlet wanita adalah amat dihargai.

Malah, beliau turut menyifatka­n penglibata­n wanita dalam bidang sukan di Sarawak juga setanding dengan kemampuan atlet lelaki pada masa kini sama ada daripada atlet kurang upaya mahupun berupaya.

Justeru, katanya terdapat enam kategori sukan yang diketengah­kan dalam buku terbitan kementeria­nnya itu menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak iaitu olahraga (padang/trek), renang/terjun, menembak, gimnastik, sukan raket, seni mempertaha­nkan diri dan sukan sasar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia