Utusan Borneo (Sabah)

SK Anib 1, SK Kepayan muncul juara

Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Puan Sri Diana Diego

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 1, Sandakan muncul juara lelaki manakala SK Kepayan, Kota Kinabalu juara perempuan edisi pertama Kejohanan Ragbi Bawah 11 Tahun Piala Puan Sri Diana Diego 2017.

Kejohanan yang berlangsun­g di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini baru-baru ini menyaksika­n SK Sungai Anib merangkul gelaran juara lelaki selepas menundukka­n SK Sembulan, Kota Kinabalu 3019 pada perlawanan akhir.

Gelaran juara perempuan pula menjadi milik SK Kepayan selepas menundukka­n SK Malawa, Kota Kinabalu 5-0.

Perlawanan akhir bahagian Plate Lelaki pula menyaksika­n Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu menundukka­n SK Kepayan 7-0 manakala SK Luagan Beaufort mengalahka­n SK Kapa 5- 0 bahagian Bowl dan SK Babagon Penampang muncul juara bahagian Shield.

Kejohanan anjuran MRSM Kota Kinabalu itu di sertai 11 pasukan yang terdiri dari tujuh pasukan lelaki dan empat perempuan.

Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat berkata, matlamat utama kejohanan itu adalah bagi mencungkil bakat baharu pemain ragbi di peringkat akar umbi yang boleh diketengah­kan ke peringkat negeri atau kebangsaan.

“Saya amat bangga kerana kejohanan ini mendapat sambutanya­ngmenggala­kkan di samping mendapat penyertaan bukan sahaja dalam kategori lelaki tetapi juga kategori perempuan.

“Penyertaan sebanyak empatpasuk­ansekolahr­endah bagi kategori perempuan dan tujuh pasukan bagi kategori lelaki adalah sesuatu yang amat membanggak­an dan ini selari dengan apa yang kita hasratkan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Pengerusi Kesatuan Ragbi Wanita Sabah, Puan Sri Diana Diego kerana sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan kejohanan berkenaan.

Sambil itu, Setiausaha Kesatuan Ragbi Wanita Sabah, Samsiah Almalek yang mewakili Diana memuji usaha dijalankan MRSM Kota Kinabalu dalam membangunk­an potensi bakat-bakat muda sukan ragbi.

“Usaha oleh MRSM Kota Kinabalu ini wajar dipuji apatah lagi kejohanan ini melibatkan peserta muridmurid sekolah rendah yang memerlukan pendedahan awal. Penyertaan muridmurid perempuan seawal usia 10 dan 11 tahun dalam sukan ragbi suatu inisiatif yang membanggak­an,” katanya.

 ??  ?? SEMUA pasukan bergambar bersama Gilbert dan tetamu kehormat selepas majlis penyampaia­n hadiah.
SEMUA pasukan bergambar bersama Gilbert dan tetamu kehormat selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? JUARA bahgian perempuan, SK Kepayan.
JUARA bahgian perempuan, SK Kepayan.
 ??  ?? JUARA bahagian lelaki, SK Sungai Anob 1 Sandakan.
JUARA bahagian lelaki, SK Sungai Anob 1 Sandakan.
 ??  ?? ANTARA aksi pertanding­an bahagian lelaki.
ANTARA aksi pertanding­an bahagian lelaki.
 ??  ?? ANTARA aksi pertanding­an bahagian perempuan.
ANTARA aksi pertanding­an bahagian perempuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia