Utusan Borneo (Sabah)

Sukan Empat Penjuru 2017 bermula Jumaat

-

LABUAN:KejohananS­ukan Empat Penjuru 2017 anjuran Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) akan bermula Jumaat.

Selain UMSKAL, tiga lagi pasukan yang akan menyertai sukan tiga hari itu ialah Perbadanan Labuan, PDRM dan Jabatan Kesihatan.

Empat pasukan tersebut akan menyertai acara badminton, boling, pool, bola sepak, bola tampar lelaki dan wanita, bola jaring, dart dan golf.

Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah berkata kejohanan itu bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada kakitangan agensi berkenaan bersukan dan beriadah.

Beliau juga berharap menerusi program itu, ianya akan dapat mengeratka­n lagi hubungan baik antara UMS Labuan dengan tiga agensi kerajaan itu.

“UMS Labuan mengambil inisiatif menganjurk­an Kejohanan Sukan Empat Penjuru 2017 bagi mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara agensi kerajaan yang mengambil bahagian pada tahun ini,”katanya.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Kanan Gabriel Moinjil selaku Setiausaha dan wakil Perbadanan Labuan, PDRM Labuan dan Jabatan Kesihatan.

Hadir sama penyelaras sukan terbabit.

Kontinjen UMS Labuan akan diketuai sendiri Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Dr Murnizam berharap program tahunan itu akan meningkatk­an lagi semangat kesukanan dalam kalangan pegawai dan kakitangan masing-masing.

Katanya, menerusi program tersebut pegawai dan kakitangan keempatemp­at agensi dapat beramah mesra dan berinterak­si sekaligus mengetahui serba sedikit peranan mereka di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Kontinjen Perbadanan Labuan akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Azhar Ahmad, PDRM diketuai Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman dan Jabatan Kesihatan Labuan diketuai Pengarahny­a Dr Ismuni Bokhari.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah akan diadakan di Dewan Utama pada hari Ahad bermula pukul 12 tengah hari.

 ??  ?? ZAMRI (empat kanan) bersama pengurus pasukan dan penyelaras Kejohanan Sukan Empat Penjuru UMS Kampus Antarabang­sa Labuan 2017.
ZAMRI (empat kanan) bersama pengurus pasukan dan penyelaras Kejohanan Sukan Empat Penjuru UMS Kampus Antarabang­sa Labuan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia