Utusan Borneo (Sabah)

Tambalang Silou raih tiga mata berharga

-

LABUAN: Pasukan Tambalang Silou berjaya meraih tiga mata berharga dalam aksi Kumpulan D di Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 yang berlangsun­g di Padang Sekolah Antarabang­sa Labuan, Sabtu lalu.

Pasukan itu menewaskan Borneo Mix Star 3-1 menerusi jaringan pertama Doel Daud pada minit ke-19.

Selang empat minit kemudian, Tambalang Silou menambah jaringan kedua menerusi Rayner Sikau.

BorneoMixS­tarmerapat­kan kedudukan 1-2 menerusi Jumari Mairin pada minit ke-73.

Namun hasrat Borneo Mix Star untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Tambalang Silou menambah jaringan ketiga menerusi Fedelis Raifid pada minit ke-78.

Kedudukan 3-1 memihak kepada Tambalang Silou untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang dalam aksi sulung mereka dalam Kumpulan D.

Sementara itu Pengerusi Penganjur Tarmiji Wahab mengucapka­n terima kasih kepada semua pengurus, jurulatih, pemain dan penyokong kerana kejohanan itu berjalan lancar sehingga tamat aksi perlawanan ke lapan.

“Saya berharap kejohanan itu mencapai matlamatny­a untuk memberi ruang dan peluang kepada pemain menunjukka­n kebolehan masing-masing sambil mengeratka­n persahabat­an dengan pemain lain,”katanya.

Sebanyak 32 pasukan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 merebut Piala Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang dianjurkan Kelab Sukan JKR Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA).

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala naib johan RM3,000 dan ketiga RM1,000.

 ??  ?? PASUKAN Tambalang Silou berjaya meraih tiga mata penuh.
PASUKAN Tambalang Silou berjaya meraih tiga mata penuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia