Utusan Borneo (Sabah)

Anak Sabah raih emas

Sukan Polis dan Bomba Dunia (WPFG) 2017 California

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Anak kelahiran Sabah, Lans Koperal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah meraih pingat emas Sukan Polis dan Bomba Dunia (WPFG) 2017 di California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Atlet dari Kampung Murni C, Nabawan itu beraksi cemerlang pada penampilan sulung beliau di pentas Pusat Konvensyen Los Angeles untuk menjuarai kategori ketinggian 165-172 sentimeter (cm) peringkat umur 18-29 tahun lelaki.

“Nampaknya tahun ini merupakan rezeki saya. Pada bulan Mei, saya telah dinobatkan sebagai `Juara Antara Juara - Bawah 70 Kilogram (kg) di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia 2017 yang berlangsun­g di Puchong, Selangor.

“Tidak disangka persediaan rapi saya untuk kejohanan di Los Angeles ini benar-benar membuahkan hasil,” jelas atlet berumur 26 tahun itu melalui pesanan WhatsApp.

Zmarul merakamkan penghargaa­n buat isteri beliau Zmazanaria­h Hanum Madin atas dorongan padu yang diberikan, dan juga kepada jurulatih beliau Othman Yahya.

“Agak sedih juga kerana `coach’ Othman tidak dapat bersama pasukan kami ke Los Angeles atas sebab kecederaan yang beliau alami kerana kemalangan.

“Beliau banyak membantu dalam persiapan pasukan PDRM ke WPFG 2017. Ke- menangan ini saya tujukan buat beliau,” tambah Zmarul.

Selain kejayaan Zmarul, kejayaan Malaysia turut dihiasi dengan kehebatan Koperal Ismadi Riji yang menjuarai kategori ketinggian 172-179cm peringkat umur 30-39 tahun serta dinobatkan sebagai `Juara Antara Juara’ peringkat umur itu.

Dua lagi wakil PDRM yang lain juga menyerlah dengan memenangi pingat gangsa di mana Sarjan Mohayan Rosmani bersaing dalam kategori 172179cm peringkat umur 40 tahun ke atas dan Lans-Koperal Mohd Aliff Firdaus Alias yang bersaing dalam kategori 165-172cm peringkat umur 30-39 tahun.

WPFG diadakan sekali setiap dua tahun. Temasya itu diasas oleh Kapten Jabatan Polis San Diego; Veon `Duke’ Nyhus sebagai Olimpik Polis California pada 1967.

Temasya itu kemudianny­a berkembang dari tahun ke tahun, termasuk penerimaan para atlet dari kalangan anggota Bomba dan Penyelamat.

Kejuaraan ini mula diiktiraf sebagai acara antarabang­sa pada edisi 1985 di San Jose, California.

WPFG sering dianjurkan di sekitar bandaraya utama di Amerika Syarikat dan Kanada, namun Australia, Sweden dan Sepanyol juga pernah menjadi tuan rumah, di mana temasya 2019 yang dijangka akan dituan rumahkan oleh China akan berlangsun­g di wilayah Chengdu.

Temasya WPFG 2017 yang melibatkan lebih 50 jenis sukan bermula 6 Ogos lalu dan dijadualka­n melabuhkan tirai Khamis.

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bangga dapat turut menyumbang sama ada sebagai atlet atau pegawai kepada kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

 ??  ?? ISMADI (dari kanan), Zmarul, Mohayan dan Aliff bersama pingat kejayaan masing-masing di WPFG 2017 di Pusat Konvensyen Los Angeles, Amerika Syarikat.
ISMADI (dari kanan), Zmarul, Mohayan dan Aliff bersama pingat kejayaan masing-masing di WPFG 2017 di Pusat Konvensyen Los Angeles, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia