Utusan Borneo (Sabah)

Lapan atlet, empat pegawai warga UMS dalam kontinjen Sukan SEA negara

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

UMS mempunyai lapan atlet yang terdiri dari empat mahasiswa dan empat staf serta empat pegawai dalam kontinjen negara.

Atlet dari kalangan mahasiswa adalah Fathin Faqihah Mohd Yusuf (olahraga wanita), Christina Edris (ragbi wanita), Dayang Anak Manggie (ragbi wanita) dan JI Fedalliah Claritta Jaimin (bola sepak wanita) manakala atlet dari kalangan staf pula terdiri pemain bola sepak wanita iaitu Masturah Majid, Jaciah Jumilis, Haindee Mosroh dan Shereilynn Elly Pius.

Empat lagi staf UMS juga berada dalam kontinjen negara sebagai pegawai diketuai Pengarah Pusat Sukan Mohd Asyraaf Fong Abdullah yang dipikulkan tugas selaku ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, David Johnny (penolong jurulatih pasukan bola sepak wanita), Salim Syed Ibrahim (kitman dan massuer pasukan bola sepak wanita) dan Azman Soaibah (penolong jurulatih pasukan futsal wanita).

“Keberadaan kami dalam kontinjen negara ini juga adalah hasil sokongan dan galakan dari pentadbira­n dan pengurusan UMS terutamany­a Naib Canselor, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin.

“Ini adalah satu kebanggaan tetapi juga tanggungja­wab besar. Kami warga UMS berikrar memberikan komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh memainkan peranan membantu mengharumk­an nama negara,” kata Asyraaf.

Majlis Preasmian Sukan SEA KL2017 akan berlangsun­g pada 19 Ogos tetapi beberapa acara telah pun berlangsun­g sejak 14 Ogos.

Pasukan bola sepak wanita yang disasarkan pingat gangsa juga telah memulakan cabaran menentang Filipina semalam diikuti menentang Myanmar (17 Ogos), Thailand (20 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos).

Sukan terbesar dwi tahunan Asia Tenggara melibatkan penyertaan 11 negara itu dijadualka­n berakhir pada 30 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia