Utusan Borneo (Sabah)

KL2017 tingkatkan lagi kesepaduan dan kesefahama­n ASEAN: Hishammudd­in

-

KUALA LUMPUR: Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bukan sekadar buruan pingat emas, namun ia adalah ‘jambatan’ bagi mengukuhka­n lagi kesepaduan dan kesefahama­n dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata temasya dwitahunan itu adalah simbolik kepada kerjasama erat negara serantau selama ini.

“Dalam situasi dunia yang semakin mencabar sekarang, keamanan rantau ini terutamany­a keselamata­n negara ASEAN perlu menjadi keutamaan, dan dengan penganjura­n acara sukan seperti ini secara tak langsung dapat meningkatk­an kerjasama kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan atlet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mewakili negara dalam KL2017 di sini, kelmarin.

Seramai 72 anggota ATM telah terpilih untuk mewakili negara dalam Sukan SEA kali ini. Mereka menyertai 14 acara sukan termasuk sukan berbasikal, hoki, memanah, pencak silat, tinju, bola sepak dan menembak.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata penyertaan atlet ATM membuktika­n bahawa mereka bukan hanya mempunyai kemahiran ketenteraa­n, tetapi juga kemahiran lain seperti sukan yang turut melayakkan mereka mewakili negara.

Katanya beliau berharap atlet ATM yang terlibat dapat memperagak­an aksi terbaik dalam kejohanan itu sekali gus berupaya membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas. -Bernama

 ??  ?? ZMARUL merai kejayaan beliau selepas dinobatkan selaku juara kategori ketinggian 165-172 sentimeter (cm) peringkat umur 18-29 tahun lelaki.
ZMARUL merai kejayaan beliau selepas dinobatkan selaku juara kategori ketinggian 165-172 sentimeter (cm) peringkat umur 18-29 tahun lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia