Utusan Borneo (Sabah)

Acara veteran Tertutup Sabah dirombak

- QWEK -Oleh DESMOND

KOTA KINABALU: Dua acara veteran lelaki yang dipertandi­ngkan di Kejohanan Badminton FLEET Tertutup Sabah 2017 dirombak bersesuaia­n dengan minat penyertaan para pemain.

Kejohanan anjuran Persatuan Badminton Sabah (SBA) dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Keningau (Keningau BA) itu akan berlangsun­g di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Keningau bermula 15-17 September.

Presiden SBA Janih Bangud berkata, dua acara veteran yang dimaksudka­n itu ialah beregu veteran gabungan umur 80 tahun ke atas (minimum 40 tahun) dan beregu veteran gabungan umur 90 tahun ke atas (tanpa had umur minimum).

“Kedua-dua acara ini menggantik­an acara beregu veteran lelaki 40 dan 50 tahun ke atas yang dipertandi­ngkan tahun lalu.

“Acara veteran merupakan acara sampingan menghiasi aksi lima acara utama kategori terbuka iaitu, perseorang­an lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran,” jelas beliau dihubungi pada Selasa.

“Bagi pihak SBA, saya berterima kasih kepada Keningau BA kerana sudi menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahunan SBA yang paling berprestij ini.

“Terima kasih juga kepada produk badminton Fleet yang menjadi penaja utama kejohanan ini,” tambah Janih.

“Sesungguhn­ya sokongan penaja amat diperlukan untuk memastikan kesinambun­gan usaha mempromosi dan pembanguna­n sukan ini berterusan dan melahirkan pemain bertaraf dunia.

“Sejajar itu, saya berharap semua cawangan daerah dapat menghantar para pemain terbaik masing-masing untuk mengambil bahagian di kejohanan itu bulan hadapan,” katanya lagi.

Kejohanan ini hanya terbuka untuk disertai oleh warganegar­a Malaysia dan sekurang-kurangnya telah bermastaut­in tiga bulan di negeri Sabah atau di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pemain dari negeri-negeri lain yang layak menyertai kejohanan ini perlu mendapatka­n surat kebenaran pelepasan dari persatuan badminton negeri asal dan sekiranya terpilih, pemain ini akan mewakili negeri Sabah untuk tempoh dua tahun iaitu sehingga tahun 2019.

Setiap pemain hendaklah mendaftar melalui Persatuan Badminton Daerah masingmasi­ng atau Persatuan Badminton Labuan. Jika pemain itu berniat untuk mewakili daerah lain, kebenaran bertulis dari kedua-dua persatuan badminton daerah yang berkenaan (surat pelepasan dan surat penerimaan) perlu ada untuk layak diterima.

Setiap daerah dibenarkan mendaftar maksimum empat penyertaan sahaja dalam setiap acara kecuali pemain (termasuk pemain acara beregu yang sama pasangan) yang telah berjaya memasuki pusingan ‘16 Terbaik’ semasa Kejohanan Badminton Tertutup Sabah 2016.

Jika ada pemain yang tidak dapat menyertai kejohanan ini tanpa sebab yang munasabah secara bertulis ditujukan kepada SBA, nama pemain ini tidak akan didaftarka­n oleh SBA untuk menyertai kejohanank­ejohanan kebangsaan atau antarabang­sa.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut atau borang penyertaan boleh menghubung­i persatuan badminton daerah masing-masing atau hubungi pejabat SBA di talian 088255193 atau email: sba1956@ gmail.com, 016-8107778 (Ting Ching Liong) atau 016-8805484 (Muhidin Mahali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia