Utusan Borneo (Sabah)

Anggota ATM bangga bertugas semasa insiden ceroboh di LD

Anggota ATM bangga bertugas semasa insiden penceroboh­an di Lahad Datu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BERKHIDMAT dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedikitpun tidak memberi penyesalan buat Kapten Amar Ab Aziz, malahan kerjaya itu adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Amar yang juga salah seorang anggota Tentera Darat (TDM) adalah salah seorang daripada 61 anggota ATM yang menjalanka­n tugas menjaga kedaulatan serta keselamata­n negara semasa insiden penceroboh­an pengganas di kawasan pantai timur Sabah, khususnya Lahad Datu pada 11 Februari 2013.

Menceritak­an detik bersejarah dalam penugasann­ya di Kampung Tanduo, Lahad Datu, beliau dan pasukannya adalah kumpulan pertama yang diarahkan untuk ke Sabah bagi operasi peperangan.

“Sebaik diarahkan untuk menjalanka­n operasi di Lahad Datu, kumpulan kami di Kem Terendak Melaka adalah kumpulan pertama yang bergerak pada 12 Februari dan terus mendarat di Kampung Tanduo.

“Pada masa itu, keadaan di lokasi peperangan terlalu tegang namun berbekalka­n semangat yang ada kami menunggu arahan selanjutny­a daripada Ketua Komandan untuk tindakan yang perlu dilaksanak­an.

“Apa yang saya boleh katakan mengenai keadaan di lokasi pada masa itu adalah sangat memerlukan ketahanan mental serta fizikal yang sangat tinggi untuk menghadapi­nya,” katanya.

Sepanjang berjuang mempertaha­nkan keselamata­n serta keamanan negara, beliau serta semua anggota pasukannya dan agensi lain mengutamak­an sikap berpasukan selain mengutamak­an kedaulatan negara tercinta.

“Ini adalah pengalaman pertama saya bertugas mempertaha­nkan negara sendiri sejak memasuki ATM 11 tahun lalu. Kami sudah bersedia sepenuhnya kerana sudah didedahkan dalam latihan pertempura­n selama dua tahun.

“Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah perasaan geram saya sendiri untuk mempraktik­kan segala kemahiran pertempura­n yang didedahkan kepada kami sejak 2011.

“Kami hanya menunggu sehingga diaturgera­k sepenuh masa dan tidak sabar untuk memulakan pertempura­n serta mengakhiri­nya dengan secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata, apa yang dipelajari selama dua tahun adalah sangat cukup untuk dipraktikk­an sepenuhnya di medan tempur kerana daripada pengalaman­nya, tempoh latihan yang dilalui adalah lebih perit berbanding tempoh peperangan sebenar di sana.

“Memang saya akui terdapat beberapa pengalaman yang begitu berharga dan bererti buat kami yang tidak dapat diungkap dan digambarka­n dengan kata-kata.

“Apa yang dapat saya terjemahka­n daripada semua itu adalah kejayaan kita menangani isu keselamata­n dalam Ops Daulat dan berjaya mengekalka­n keamanan serta kedaulatan negara tercinta,” katanya.

Amar berkata kejayaanny­a pada hari ini bukan hanya untuk dikecapi sendiri tetapi ia adalah untuk isteri tercinta yang pada ketika itu sedang mengandung anak pertama mereka.

“Saya berbangga dengan isteri saya yang terpaksa bersendiri­an selama enam bulan lebih-lebih lagi dia berada di Australia pada ketika itu.

“Penghargaa­n ini juga ditujukan khas buat Pegawai Memerintah kami yang mencurahka­n segala pengetahua­n pertempura­n sehingga anggota keselamata­n berjaya merangkul kemenangan dalam insiden terbabit,” katanya.

Beliau turut terharu dengan

Kerajaan Malaysia yang memberikan penganuger­ahan

‘Battle Honour’ kepada pasukannya yang berkhidmat sepanjang Ops Daulat pada 2013.

Sementara itu, salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Leftenan Mohd Azuwan Abdullah turut berbangga dianugerah­kan pingat Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’.

Beliau berterima kasih kerana jasa dan sumbangan kepada negara dan bangsa meskipun mempertaru­hkan nyawa mereka dihargai oleh Kerajaan Malaysia.

Pengalaman­nya bertugas di laut adalah cukup mencabar ketika penceroboh­an anasir luar lebih-lebih lagi berhadapan kawasan laut yang luas.

“Saya sebagai Pegawai Navigasi ketika itu bertanggun­gjawab mengatur pergerakan kapal dalam usaha mengekang sebarang kemasukan pihak penceroboh luar ke dalam negara.

“Anggota TLDM yang menjaga kawasan pantai timur Sabah berhadapan kawasan laut yang luas selain jarak geografi yang agak dekat dengan negara luar.

“TLDM ketika itu mempunyai tugas berat dalam memastikan tiada kemasukan pihak penceroboh melalui jalan laut selain perlu berhadapan sebarang serangan daripada pihak lawan,” katanya.

Bagaimanap­un, sepanjang penugasan mereka di lautan, pihaknya hanya mengesan anasir penceroboh­an biasa dan tidak mengesan sebarang musuh kerana disebabkan posisi kapal lain yang bersedia di sempadan perairan negara.

Azuwan yang ketika itu bertugas di Markas Armada Timur Pangkalan Sepanggar, Kota Kinabalu tidak menafikan bahawa beliau sememangny­a takut dan berdebar-debar sepanjang menjalanka­n tugas selama enam bulan di sana.

Katanya perasaan itu dapat diatasi melalui dorongan serta bimbingan berterusan daripada Pegawai Memerintah TLDM yang sentiasa menasihati warga kapal untuk tidak gentar semasa menghadapi musuh.

Bagi penugasan udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, Brigadier Jeneral Datuk Dr Md Zaki Md Zain berkata pengalaman berhadapan anasir luar pada 2013 adalah pengalaman keduanya dalam memerangi musuh negara.

“Sepanjang saya berkhidmat selama 37 tahun, insiden penceroboh­an di Lahad Datu adalah kejadian kedua terbesar yang pernah kami lalui.

“Pengalaman kali pertama adalah insiden pada tahun 1979 pada permulaan era perkhidmat­an kami iaitu ancaman kemaraan komunis ke Tanah Melayu yang hebat pada masa itu,” katanya.

Apa yang pasti, keutamaan fungsi ketenteraa­n serta kepakaran dan pengalaman yang dimiliki adalah faktor utama yang menjayakan tugas mereka sepanjang operasi dilaksanak­an.

Perbarisan Penganuger­ahan Battle Honour Daulat Feb 2013

diadakan buat kali pertama bagi menghargai semua anggota ATM yang terbabit dalam Op Daulat di Lahad Datu pada Februari 2013.

Battle Honour juga adalah

 ??  ??
 ?? Battle Honour Daulat Feb 2013. ?? HISHAMMUDD­IN merakamkan gambar kenangan bersama penerima pingat
Battle Honour Daulat Feb 2013. HISHAMMUDD­IN merakamkan gambar kenangan bersama penerima pingat
 ?? Honour Daulat Feb 2013. Battle ?? SALAH seorang anggota ATM menerima anugerah
Honour Daulat Feb 2013. Battle SALAH seorang anggota ATM menerima anugerah
 ??  ?? MD ZAKI satu bentuk penghargaa­n serta lambang kemegahan yang dipakaikan kepada 24 panji rejimen pasukan yang menjayakan Op Daulat 2013 yang disampaika­n Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.
MD ZAKI satu bentuk penghargaa­n serta lambang kemegahan yang dipakaikan kepada 24 panji rejimen pasukan yang menjayakan Op Daulat 2013 yang disampaika­n Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.
 ??  ?? AMAR
AMAR
 ??  ?? AZUWAN
AZUWAN
 ??  ?? PERSEMBAHA­N demonstras­i semasa berlakunya konflik penceroboh­an di Lahad Datu.
PERSEMBAHA­N demonstras­i semasa berlakunya konflik penceroboh­an di Lahad Datu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Kawad Senyap daripada TLDM semasa majlis penganuger­ahan.
PERSEMBAHA­N Kawad Senyap daripada TLDM semasa majlis penganuger­ahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia