Utusan Borneo (Sabah)

Nadia Aqilah ‘hidupkan’ watak gadis Jepun di TV2

Cinta gadis Jepun dan pemuda Melayu

-

BERTEMAKAN perjuangan cinta seorang gadis Jepun terhadap pemuda Melayu yang tidak mendapat restu dari bapanya, telemovie bertajuk ‘Antara Rebab & Tari Kazumi’ yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangny­a sarat dengan dendam yang tidak berkesudah­an.

Menampilka­n gandingan mantap pelakon Asrul Faizal, dan Nadia Aqilah yang melakonkan watak utama sebagai gadis Jepun bernama Kazumi, telemovie terbitan Pisdec Creative Sdn. Bhd. ini disiarkan pada 25 Ogos depan, jam 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2. Ia turut dibintangi oleh Kuna, Sulaiman Yasin dan Nazri Ahmad.

Kisahnya bermula dengan perkembang­an watak Aki Kazumi seorang gadis Jepun berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berumur sepuluh tahun bersama ayahnya, Iesyiko Yimura seorang ahli perniagaan. Kazumi membesar dan belajar di Malaysia sehingga dia fasih berbahasa Melayu dan mencintai budaya Melayu terutamany­a Mak Yong.

Setelah tamat pengajian, Kazumi mendapat pekerjaan sebagai wartawan dan ditugaskan di Kota Bharu. Di sana dia tinggal di rumah orang tua Ikhwan, kawannya semasa di universiti dulu yang sekarang bekerja sebagai pensyarah. Hujung minggu Ikhwan akan pulang ke rumah orang tuanya dan suka bermain rebab. Kebiasaann­ya Kazumi akan menyanyi dan menari dengan diiringi gesekan rebab Ikhwan. Ikhwan telah meluahkan cintanya kepada Kazumi dan bersambut.

Yimura menghantar orang-orangnya untuk mengintip Kazumi di Kota Bharu. Setelah mengetahui Kazumi bercinta, Yimura memanggil Kazumi balik ke Kuala Lumpur dan menyuruh mengikutny­a balik ke Nagoya bagi menghalang cinta Kazumi.

Kazumi telah dikurung dan dia meminta bantuan Ikhwan. Kazumi berjaya melarikan diri dan diselamatk­an oleh Ikhwan. Mereka berdua berjaya dijejaki dan ditangkap oleh konco-konco Yimura.

Setelah keduanya dibawa ke rumah, Yimura lalu memberitah­u bahawa dia menghalang cinta Kazumi kerana dia membenci orangorang Melayu.

Rupa-rupanya datuk Kazumi pernah menjadi askar di Tanah Melayu. Dia bercinta dengan perempuan Melayu dan dibunuh oleh orang-orang Melayu setelah berlaku salah faham.

 ??  ??
 ??  ?? NADIA AQILAH
NADIA AQILAH
 ??  ?? MENARIK: Babak dalam telemovie ‘Antara Rebab dan Tari Kazumi.’
MENARIK: Babak dalam telemovie ‘Antara Rebab dan Tari Kazumi.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia