Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki didakwa miliki telur penyu, sebutan semula kes 21 Ogos

Kes disebut semula pada 21 Ogos

-

SANDAKAN: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menetapkan 21 Ogos ini sebagai sebutan semula kes terhadap tiga lelaki warga asing yang didakwa atas kesalahan memiliki telur penyu tanpa kebenaran.

Majistret Suhaila Selag memerintah­kan kes terhadap Alkubar Bin Hamjan, 33, Abdul Rahman Bin Ebnul, 34, dan Abdul Bin Rasah disebut semula di Mahkamah Sesyen Sandakan.

Berdasarka­n fakta kes, ketiga-tigatertud­uhditangka­p pada 7 Ogos menerusi Ops Bersepadu Menangkap Penjual/Pembeli Telur Penyu di sekitar Sandakan.

Alkubar ditahan di tepi bangunan AmBank Bandar Sandakan di Jalan Pryer di sini kira-kira jam 12.15 tengahari kerana memiliki sejumlah 83 biji telur penyu.

Manakala, Abdul didakwa memiliki sejumlah 23 biji telur penyu di kawasan berhadapan premis KFC Bandar Sandakan, Jalan Pryer pada jam 11.30 pagi.

Sementara Abdul Rahman ditahan di hadapan hentian bas di Wisma Khoo, Jalan Buli Sim-Sim pada jam 11.30 pagi kerana memiliki sejumlah 130 biji telur penyu.

Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga tertuduh tidak mempunyai sebarang surat pemberian kuasa secara bertulis oleh menteri yang bertindak atas nasihat Pengarah Hidupan Liar untuk memiliki telur penyu berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 yang memperuntu­k hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM250,000 dan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 5 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Abdul Karim Dakog.

 ??  ?? TIGA lelaki warga asing yang didakwa memiliki telur penyu tanpa kebenaran.
TIGA lelaki warga asing yang didakwa memiliki telur penyu tanpa kebenaran.
 ??  ?? Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA
Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia