Utusan Borneo (Sabah)

SPRM tahan Isa Samad, bantu siasatan beberapa kes

-

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini Selasa, bagi membantu siasatan SPRM dalam beberapa kes, kata Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata Mohd Isa ditahan di SPRM di sini pada kira-kira 4.30 petang.

“Saya tidak mahu ulas dia (Mohd Isa) ditahan kerana apa, tetapi ditahan untuk membantu beberapa kes siasatan SPRM sebelum ini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

MohdIsatib­adiperkara­ngan ibu pejabat SPRM di sini pada kira-kira 2.40 petang bersama dua orang peguam, namun hanya beliau sahaja memasuki pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC) di London dan Kuching.

Beliau kelihatan tenang ketika tiba di ibu pejabat SPRM itu dan sempat menyapapen­gamalmedia­yang menunggu kedatangan­nya sebelum memasuki bangunan SPRM.

Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, pada 2014 oleh FIC, dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabka­n anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Selepas itu, SPRM juga dilaporkan memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching oleh FIC, juga dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabka­n anak syarkat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia