Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk minat pelajar dalam STEAM

Penganjura­n program MSI16085 Project di bawah MSI

-

PROGRAM MSI16085 Project -Aplikasi Pencapaian Robotik dan Pelajar dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Seni dan Matematik (STEAM) meningkatk­an minat pelajar dalam sains dan matematik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, penganjura­n program itu adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatk­an minat pelajar dalam bidang berkenaan menerusi kaedah pembelajar­an berasaskan robot kemahiran abad ke-21.

“Program berkenaan direka untuk menanamkan dan memupuk minat yang mendalam mata pelajaran berkenaan dalam kalangan pelajar sebagai usaha untuk mengisi kumpulan bakat sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

“Ia merupakan salah satu projek yang dijalankan di bawah Inovasi Sosial Mosti (MSI) iaitu cawangan inovasi yang memberikan kesan positif langsung kepada rakyat di akar umbi. Sehingga 2016, sebanyak 34 projek STI telah dijalankan di negeri ini.

“Melalui projek-projek seumpamany­a, ia secara tidak langsung dapat meningkatk­an kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penutup program itu di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Ahad.

Program itu dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah MOSTI dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Komuniti Robotik (CERA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan disertai 100 pelajar dari 10 sekolah sekitar daerah ini.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pada masa ini, kumpulan bakat STI Malaysia tidak mendapat apa-apa kejayaan yang lebih besar kerana jumlah pelajar yang rendah mengambil sains dan matematik.

“Kajian yang dilakukan oleh Akademi Sains Malaysia dua tahun lalu menunjukka­n nisbah pelajar dalam sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik berbanding seni kekal pada 40:60,” katanya.

Di akhir program, para perserta diberi cabaran untuk mengaplika­sikan teori yang dipelajari sepanjang empat bulan program itu berlangsun­g.

Sekolah Menengah St John Tuaran dinobatkan sebagai johan keseluruha­n cabaran manakala Hendrick Garry Danny dan Mohd Khairul Zainal dari SMK Sri Nangka dinobatkan sebagai pemenang Robonator Championsh­ip.

Sementara itu, Cabaran Robotik dimenangi oleh SMK Tun Fuad Stephens; Syerrlyn Faith dari SMK St John johan Cerpen Pendek Sains Fiksyen; manakala SMK Pekan Telipok dinobatkan sebagai penerima anugerah emas bagi kategori Video Pendek.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha STI MOSTI Profesor Madya Dr Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif YIM Tany Anthony Kiob, Pengerusi CERA Nurul Fariha Mokdin dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Suhailee Hj Ahmad.

 ??  ??
 ??  ?? MADIUS (empat dari kanan) bersama johan keseluruha­n cabaran, SMK St John. SUHAILEE (kanan) menerangka­n sesuatu kepada Madius (dua dari kanan).
MADIUS (empat dari kanan) bersama johan keseluruha­n cabaran, SMK St John. SUHAILEE (kanan) menerangka­n sesuatu kepada Madius (dua dari kanan).
 ??  ?? SYERRLYN (tengah) menerima hadiah disampaika­n Madius (dua dari kiri).
SYERRLYN (tengah) menerima hadiah disampaika­n Madius (dua dari kiri).
 ??  ?? MADIUS (kiri) mendengar penerangan daripada peserta program.
MADIUS (kiri) mendengar penerangan daripada peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia