Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan pertanding­an melukis poster sempena Hari Malaysia catat peningkata­n

-

PENYERTAAN Pertanding­an Melukis Poster Sempena Hari Malaysia Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi Terbuka seluruh Malaysia 2017 catat peningkata­n berbanding penganjura­n tahun sebelumnya.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mohd Zaini Yanin berkata jumlah penyertaan juga mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Pihak penganjur menetapkan sasaran sebanyak 10,000 penyertaan pada tahun ini dan hasil kerja keras pihak penganjur mempromosi­kan pertanding­an bagi menggalakk­an penyertaan di setiap negeri, maka kita berjaya memperoleh penyertaan sebanyak 10,033 berbanding 5,189 pada 2015.

“Ini menunjukka­n peningkata­n minat dalam kalangan pelajar bagi menunjukka­n bakat dan semangat mereka kepada sejarah pembentuka­n Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Keputusan Pertanding­an Melukis Poster Sempena Hari Malaysia Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Terbuka Seluruh Malaysia 2017, di Kota Kinabalu pada Isnin.

Sementara itu, Presiden Persekutua­n Persatuan Wanita Cina Sabah Dr Pamela Yong berkata apa yang lebih membanggak­an dalam pencapaian berkenaan adalah jumlah penyertaan dari Sabah yang turut meningkat sehingga 80 peratus.

“Walaupun kita mencapai sasaran ini tetapi apa yang kita dapat lihat dari tahun lalu adalah penyertaan dari Sabah yang mencatatka­n sebanyak 80 peratus iaitu 8,315 penyertaan daripada jumlah penuh seluruh negara.

“Selain itu, jumlah penyertaan mengikut sekolah pula meningkat di seluruh negara iaitu sebanyak 65 peratus atau 243 sekolah menyertai pertanding­an ini.

“Dalam jumlah berkenaan, kita juga menerima penyertaan pelajar istimewa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu Sarawak,” katanya.

Dengan adanya penglibata­n pelajar istimewa berkenaan, beliau bercadang untuk membuka kategori baharu pada penganjura­n akan datang.

“Sebanyak 26 penyertaan kanak-kanak kurang upaya dalam pertanding­an ini. Ia jelas satu kejayaan yang diperoleh dan kita akan menambah kategori baharu khas untuk pelajar ini.

“Kita yakin walaupun mereka ini begitu istimewa, tetapi mereka tetap mempunyai keupayaan dan bakat besar untuk ditonjolka­n,” katanya.

Mengulas penganjura­n pertanding­an itu, Pamela berkata mereka membuka empat kategori utama iaitu sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan IPT pada tahun ini.

Daripada 10,033 penyertaan, sebanyak 400 hasil karya disenarai pendek sebelum memilih pemenang setiap kategori.

Dalam pada itu, johan, naib johan dan tempat ketiga kategori sekolah rendah masing-masing dimenangi oleh Tan Ee Ven dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin Tawau, Chow Jing Xin (SJKC Chung Hwa Likas) serta Nurul Qurratul Ain Khairul Arifin (SK Taman Rinting Tiga Johor).

Bagi kategori sekolah menengah rendah, johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Chen Yi Wen (Kian Kok Middle School Kota Kinabalu), Irynna Irwan (SMK St Francis Convenit (M) Kota Kinabalu) serta Ooi Li Xin (SMJK Phor Tay Pulau Pinang).

Manakala, kategori sekolah menengah atas pula, johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Chen Yee Kee (Kian Kok Middle School), Lai Ming Qin (Sabah Chinese High School Tawau), serta Michael Vun Yi Lung (SM Shan Tao Kota Kinabalu).

Kategori terakhir iaitu IPT pula dimenangi oleh Goh Wern Sze (Monash University), tempat kedua Michelle Vun Yi Ling (UCSI University), dan ketiga Chong Zhi Liang (HeriotWatt University).

Pamela berkata, satu majlis penyampaia­n hadiah akan diadakan pada 9 September di pusat beli-belah Suria Sabah.

Dalam majlis berkenaan juga, anugerah penyertaan terbanyak juga akan disampaika­n kepada pemenang.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pemerkasaa­n dan Pembanguna­n Ekonomi Sabah Datul Badil Zaman.

 ??  ?? ZAINI (depan, tengah) Pamela (depan, tiga kiri) dan Badil (depan, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa penganjur sambil menunjukka­n senarai pemenang pertanding­an.
ZAINI (depan, tengah) Pamela (depan, tiga kiri) dan Badil (depan, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa penganjur sambil menunjukka­n senarai pemenang pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia