Utusan Borneo (Sabah)

Kedai Buku UMS perluas ilmu daripada penyelidik

-

Buku Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini menghimpun lebih 2,000 buku di kampus induknya berperanan memperluas­kan ilmu daripada para penyelidik universiti itu.

Ia sekali gus mengekalka­n kecemerlan­gan penerbitan kedai buku itu yang mula beroperasi pada 20 Oktober 2015 di Anjung Siswa bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Warga UMS tidak kira pensyarah atau kakitangan bukan mengajar berpeluang menerbitka­n buku bersama UMS seperti terkandung dalam Dasar Penerbitan Ilmiah universiti itu berdasarka­n prosedur tertentu sebelum diluluskan.

Pegawai Penerbitan (Pemasaran) UMS Anicius Justin Adeh memberitah­u, Penerbit UMS telah melancarka­n Kedai Buku Online bagi memudahkan tempahan dari seluruh negara secara online melalui laman sesawang https:/bookstore.ums.edu. my.

Menurut beliau, Penerbit UMS telah dipilih menerima salah satu daripada anugerah utama iaitu, Anugerah Perdana Penerbit Terbaik (Agensi Kerajaan) sempena majlis Anugerah Buku Negara anjuran Yayasan Pembanguna­n Buku Negara dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustaka­an Negara pada 26 November 2015.

“Anugerah itu telah disampaika­n oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pemborong, pengedar atau kedai buku yang berminat untuk menjadi wakil jualan dialu-alukan untuk berhubung terus dengan pihak kami,” katanya.

Beliau berkata Kedai Buku Penerbit UMS dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bemula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 ??  ?? ANICIUS (dua kiri) memperliha­tkan antara buku terbitan UMS.
ANICIUS (dua kiri) memperliha­tkan antara buku terbitan UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia