Utusan Borneo (Sabah)

Guru SM Sains Labuan bantu calon UPSR SK Pekan Dua

-

Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah Sains Labuan telah membantu murid Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) menerusi Program Kolaborasi SM Sains dan SK Pekan Dua pada Jumaat.

Program anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah SK Pekan Dua itu menyasarka­n 93 murid Tahun Enam yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Mereka menerima bimbingan daripada tiga guru SM Sains Labuan iaitu Nurul Hawariah Abdul Ghani, Elmerrilli­a Casuarina Mohd Subal dan Ahmad Radzi Ab Halim.

Fasilitato­r program terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam kalangan pelajar Tingkatan 1-4 SM Sains Labuan.

Menurut Guru Besar SK Pekan Dua Agku Chuchu Pg.Mohd Yassin, program itu bertujuan menarik minat lebih ramai murid masuk ke SM Sains Labuan.

Selain itu, memberi motivasi supaya muridmurid bersedia menghadapi UPSR yang akan diadakan pada September depan.

Agku Chuchu mengucapka­n terima kasih atas kesudian guruguru dan PRS SM Sains Labuan membimbing dan berkongsi ilmu dengan calon UPSR sekolah itu.

Beliau yakin menerusi program itu, prestasi keputusan UPSR SK Pekan Dua pada tahun ini akan meningkat sekaligus melahirkan lebih ramai calon yang akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Program yang bermula pada jam 7.30 hingga 10 pagi itu bertemakan ‘Menggapai Impian UPSR’.

Guru SK Pekan Dua yang menghadiri program itu termasuk Penolong Kanan Pentadbira­n, Tg Yasmin Tg Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sabar Dalimin dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Rahman Jaafar.

Hadir sama, Guru Bimbingan Kaunseling Supiyah Razali, Guru Media Pusat Sumber Sekolah Sarinah Beddu dan semua guru Tahun 6.

 ??  ?? AGKU Chuchu (lima kiri), pentadbir dan guru SK Pekan Dua bersama pelajar SM Sains Labuan.
AGKU Chuchu (lima kiri), pentadbir dan guru SK Pekan Dua bersama pelajar SM Sains Labuan.
 ??  ?? NURUL Hawariah (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Supiyah Razali.
NURUL Hawariah (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Supiyah Razali.
 ??  ?? AKTIVITI kumpulan yang dikendalik­an pelajar PRS SM Sains Labuan.
AKTIVITI kumpulan yang dikendalik­an pelajar PRS SM Sains Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia