Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk meriahkan sambutan

Hari Kemerdekaa­n dan Kembara Negaraku Peringkat Parlimen Beaufort

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

RIUH dan meriah, begitulah gambaran suasana majlis Pelancaran Hari Kemerdekaa­n dan Kembara Negaraku Peringkat Parlimen Beaufort pada Sabtu.

Dengan kunjungan lebih 500 orang dari pelbagai latar belakang, program berkenaan ternyata disambut meriah walau julung kali diadakan.

Para pengunjung bukan sahaja dapat menyaksika­n kemeriahan sambutan berkenaan, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsun­g.

Sambutan pertama ini memilih Kampung Kabidang sebagai lokasi Pelancaran Hari Kemerdekaa­n dan Kembara Negaraku.

Ketua Daerah Beaufort Wong @Rodhzan Wong Sammi merasmikan pelancaran itu bagi mewakili Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Wong dalam ucapannya berbangga dengan sambutan yang sangat menggalakk­an daripada penduduk setempat.

Menurutnya, suasana meriah itu membuktika­n semangat patriotism­e yang tinggi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan agama.

Beliau berkata, sempena pelancaran Hari Kemerdekaa­n itu, masyarakat seharusnya menunjukka­n sokongan dengan mengibarka­n Jalur Gemilang khususnya di kawasan masing-masing.

“Kibarkanla­h Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kita kepada tanah air dan semangat kemerdekaa­n.

“Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain, tetapi ia memiliki pengertian yang mendalam untuk sebuah kemerdekaa­n,” katanya.

Beliau menyeru agar masyarakat dapat mengambil inisiatif untuk bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaa­n ini.

Pada majlis itu, Wong turut melancarka­n pelepasan konvoi merdeka yang melibatkan seramai 200 peserta.

Konvoi berkenaan mengelilin­gi kawasan Parlimen Beaufort bermula dari Kampung Kabidang menuju ke Kuala Penyu, Menumbok dan menamatkan perjalanan di Jempanga Beaufort.

Selain kereta pacuan empat roda (4WD), peserta konvoi turut membabitka­n beberapa penunggang basikal.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Kabidang Jimblan Mokti turut sama memuji usaha gigih dan kerjasama dari semua pihak.

Menurutnya, kerjasama erat bagi menjayakan program berkenaan membuktika­n semangat patriotism­e yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat.

Usahasama seumpama itu jelasnya, perlu sentiasa wujud bagi membentuk perpaduan erat sesama masyarakat dan komuniti.

Pada masa sama, suasana majlis semakin riuh dan meriah apabila acara sukaneka mula dijalankan.

Bermula dari acara yang melibatkan kanakkanak hinggalah kepada golongan dewasa, setiap peserta ternyata begitu bersemanga­t untuk meraih kemenangan.

Antara acara sukaneka yang dijalankan termasukla­h tiup belon, boling kampung, cucuk benang ke jarum, timbang bola takraw, baling belon berair, dan mewarna.

 ??  ?? WONG (tiga kanan) bersama Jimblan (empat kanan) dan tetamu jemputan lain melancarka­n perasmian Hari Kemerdekaa­n dan Kembara Negaraku Peringkat Parlimen Beaufort.
WONG (tiga kanan) bersama Jimblan (empat kanan) dan tetamu jemputan lain melancarka­n perasmian Hari Kemerdekaa­n dan Kembara Negaraku Peringkat Parlimen Beaufort.
 ??  ?? BACAAN ikrar yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Beaufort Shahron @ Omar Osin (depan).
BACAAN ikrar yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Beaufort Shahron @ Omar Osin (depan).
 ??  ?? PERTANDING­AN mewarna antara acara yang disediakan sempena dengan program itu.
PERTANDING­AN mewarna antara acara yang disediakan sempena dengan program itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N koir yang diiringi dengan kibaran Jalur Gemilang.
PERSEMBAHA­N koir yang diiringi dengan kibaran Jalur Gemilang.
 ??  ?? ACARA baling belon berair yang menggamatk­an suasana.
ACARA baling belon berair yang menggamatk­an suasana.
 ??  ?? PELEPASAN peserta konvoi yang dilancarka­n oleh Wong (tengah).
PELEPASAN peserta konvoi yang dilancarka­n oleh Wong (tengah).
 ??  ?? RAKAMAN video ucapan Azizah turut disiarkan pada majlis itu.
RAKAMAN video ucapan Azizah turut disiarkan pada majlis itu.
 ??  ?? BOLING kampung yang menarik perhatian pengunjung.
BOLING kampung yang menarik perhatian pengunjung.
 ??  ?? PESERTA yang menyertai acara konvoi berbasikal.
PESERTA yang menyertai acara konvoi berbasikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia