Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bermuafaka­t baiki jambatan

Menerusi aktiviti gotong-royong sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat

- Oleh SALMAN ABADI

BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing. Muafakat membawa berkat! Demikianla­h ungkapan paling tepat bagi menggambar­kan suasana kerjasama padu antara pemimpin dan rakyat dalam menjayakan Program Gotong-royong membaiki kerosakan jambatan gantung di Kampung Napong 2, kira-kira 15 kilometer dari Pekan Ranau.

Acara itu diadakan sebagai antara pengisian utama menerusi Program Pemimpin Bersama Rakyat (PBR) pada Sabtu dengan tema ‘Bersama Berbakti’ dan #Ranau Dihatiku.

Penduduk kampung terdiri golongan warga tua dan para belia bertungkus lumus membaiki jambatan gantung yang telah usang sepanjang 300 kaki.

Jambutan yang dibina pada tahun 2008 itu merupakan laluan utama lebih 300 penduduk yang menggunaka­n jalan itu untuk menuju ke kebun mereka di seberang sungai.

Program gotong-royong itu melibatkan para sukarelawa­n dan komuniti dari Kampung Napong 2 yang diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan turut disertai anggota Rela diketuai Lubin Saluji.

Arthur mengucapka­n terima kasih kepada para penduduk kampung dan mereka yang terlibat bersama-sama menjayakan program gotong-royong itu.

Beliau terharu dan bangga dengan kerjasama serta kesungguha­n mereka (penduduk kampung) yang rela berpanas dan bersusah payah menyelesai­kan tugasan membaiki jambatan gantung itu demi kemudahan perhubunga­n dan keselesaan mereka.

Program itu disertai 56 penduduk Kampung Napong 2, tiga anggota Rela dari Kampung Lohan, Kampung Napong 1 dan Kampung Poring.

Dalam program yang sama, Arthur juga menyerahka­n meja ping pong yang disumbangk­an Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin untuk kemudahan sukan dan riadah bagi Pertubuhan Belia Kampung Napong 2, diketuai Mijan Tulin di dewan mini kampung itu.

Para penduduk terbabit melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Arthur yang mewakili Ahli Parlimen Ranau kerana membantu menjayakan program itu, selain membekalka­n kemudahan peralatan sukan (meja ping pong).

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Napong 2 Sempiri Inas, Timbalan Pengerusi JKKK Hatimin Udi, Ketua Belia Mijan Tulin dan Ketua Cawangan Umno, Azmain Lusin.

 ??  ?? ARTHUR (berdiri, lima kanan) bergambar kenangan bersama penduduk dan sukarelawa­n yang membaiki jambatan gantung Kg Napong 2.
ARTHUR (berdiri, lima kanan) bergambar kenangan bersama penduduk dan sukarelawa­n yang membaiki jambatan gantung Kg Napong 2.
 ??  ?? KEADAAN jambatan gantung Kg Napong 2 sebelum diperbaiki.
KEADAAN jambatan gantung Kg Napong 2 sebelum diperbaiki.
 ??  ?? ARTHUR (tengah) sedang memaku papan lantai sebagai simbolik pelancaran gotong-royong pembaikan jambatan gantung Kg Napong 2.
ARTHUR (tengah) sedang memaku papan lantai sebagai simbolik pelancaran gotong-royong pembaikan jambatan gantung Kg Napong 2.
 ??  ?? ARTHUR (empat kanan) mewakili Ewon menyerahka­n meja ping pong kepada Mujin (tujuh dari kiri).
ARTHUR (empat kanan) mewakili Ewon menyerahka­n meja ping pong kepada Mujin (tujuh dari kiri).
 ??  ?? ARTHUR (dua kanan) bersama pemimpin masyarakat memberikan isyarat ‘bagus’ selepas kerosakan jambatan gantung Kg Napong 2 berjaya diperbaiki.
ARTHUR (dua kanan) bersama pemimpin masyarakat memberikan isyarat ‘bagus’ selepas kerosakan jambatan gantung Kg Napong 2 berjaya diperbaiki.
 ??  ?? KERJA baikpulih jambatan gantung melegakan penduduk Kg Napong 2.
KERJA baikpulih jambatan gantung melegakan penduduk Kg Napong 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia