Utusan Borneo (Sabah)

Evalynn Ratu Pesta Tagunggu Paitan 2017

-

PAITAN: Evalynn Eusebio, 21, dari Kampung Palungan Tongud Beluran dimahkotak­an sebagai Ratu Pesta Tagunggu Paitan 2017 yang berlangsun­g di Pentas Rakyat, Pejabat Daerah Kecil Paitan pada Ahad.

Pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) Kota Kinabalu, Evalynn menewaskan 13 jelitawan lain yang mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.

Penyertaan kali pertama Evalynn dalam pertanding­an itu membawa tuah dan kenangan manis yang bersejarah baginya yang berdarah campuran iaitu ibunya berbangsa Sungai/Kadazan manakala bapanya Filipina.

Kejayaaan anak ke-9 daripada 10 adik-beradik dengan ketinggian 158 sentimeter (cm) itu lebih bermakna apabila kembarnya, Avalynn Eusebio, 21, yang turut menyertai pertanding­an itu meraih hadiah saguhati (tempat ketujuh).

Evalynn yang bercita-cita menajdi pensyarah dan gemar mengisi masa palang dengan aktiviti hiking, menyanyi dan membaca, mendapat galakan serta sokongan penuh daripada kakak dan adik-beradik serta keluargany­a untuk menyertai pertanding­an itu.

Dengan kemenangan itu, Evalynn meraih hadiah wang tunai RM1,000 selain hadiah iringan seperti piala, mahkota, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

“Saya amat gembira, bersyukur dan terharu serta tidak menyangka dapat menjuarai pertanding­an ini walaupun ini penyertaan pertama saya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Naib johan dimenangi Norasirah Ahmad, 18, dari Kampung Bayuk Pamol dengan menerima wang tunai RM700, piala, jambangan bunga dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi Norhikmah Jeferydin, 20, dari Pekan Baru Botition dengan meraih hadiah wang tunai RM500, piala, jambangan bunga dan juga sijil penyertaan.

 ??  ?? EVALYNN (tengah) diapit Norasirah (tiga kanan) dan Norhimah (tiga kiri) bersama sebahagian pemenang saguhati Pertanding­an Ratu Pesta Tagunggu.
EVALYNN (tengah) diapit Norasirah (tiga kanan) dan Norhimah (tiga kiri) bersama sebahagian pemenang saguhati Pertanding­an Ratu Pesta Tagunggu.
 ??  ?? NORIAH menyampaik­an hadiah kepada para pemenang ratu Pesta Tagunggu Paitan 2017.
NORIAH menyampaik­an hadiah kepada para pemenang ratu Pesta Tagunggu Paitan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia