Utusan Borneo (Sabah)

Peluang cerah pelajar Almacrest ambil kursus pengajian luar negara

-

KOTA KINABALU: Pelajar Almacrest Internatio­nal College dan Almacrest Global kini boleh mengambil kursus dalam bidang perniagaan jangka pendek di Chamber Internatio­nal School of Business and English.

Ketua Pegawai Eksekutif Almacrest Internatio­nal College Stephanie Yen Chung Wai berkata ia adalah hasil usahasama antara Almacrest dan Chamber Internatio­nal.

“Kursus-kursus yang ditawarkan di universiti­universiti terpilih melalui kerjasama Chamber Internatio­nal itu diiktiraf sebagai setara dengan Diploma in the Australian Qualificat­ion Firmwork (AQF) apabila pelajar berjaya menyelesai­kan semua modul di Almacrest.

“Ini membolehka­n pelajar Malaysia mendapatka­n Diploma Antarabang­sa dalam tempoh 12 bulan atau kurang dalam negara bergantung kepada keupayaan dan keazaman mereka dalam pengurusan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Almacrest Global dan Chamber Internatio­nal School of Business and English, di sini pada Selasa.

Menurut Stephanie, terdapat lapan universiti antarabang­sa di bawah kerjasama Chamber Internatio­nal akan terlibat dalam MOA berkenaan.

“Antaranya adalah Australian School of Management, Griffith University, University of Canberra, Southern Cross University, Flinders University, Western Sydney University, Torrents University dan Swiss Business School.

“Manakala kami berharap agar lebih banyak universiti antarabang­sa dapat bekerjasam­a pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan juga selaras dengan visi Almacrest untuk menjadi pusat latihan antarabang­sa yang terletak di Sabah.

“Ia juga sebagai matlamat kami untuk melihat lebih ramai penduduk tempatan mengambil peluang mendapat pendidikan tinggi peringkat antarabang­sa,” jelasnya.

Tambahnya, dalam kerjasama berkenaan, pelajar yang terlibat boleh terus menyambung pengajian tahun kedua Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti terlibat.

Turut hadir, wakil dari Rhodes Group Australia Simon Christense­n, wakil Focus Learning Group Scott Hillard, wakil MCI Lee Mun Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Almacrest Global Mathew Yen dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Almacrest Dudi Pan.

 ??  ?? MATHEW (tiga kiri) dan Scott (tiga kanan) menandatan­gani MOA berkenaan sambil diperhatik­an oleh Stephanie (kiri), Dudi (dua kiri) serta Lee (dua kanan).
MATHEW (tiga kiri) dan Scott (tiga kanan) menandatan­gani MOA berkenaan sambil diperhatik­an oleh Stephanie (kiri), Dudi (dua kiri) serta Lee (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia