Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan disiplin, patuhi peraturan

Rela perlu jaga ketrampila­n sebagai pasukan beruniform

-

KINABATANG­AN: Penolong Pesuruhjay­a Kanan Rela Sabah Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan berkata anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) perlu mengekalka­n

displin dan berketramp­ilan sebagai anggota pasukan beruniform.

“Selain itu juga, anggota Rela perlu sentiasa sedia untuk digerakkan apabila diperlukan,” katanya.

Beliau yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri berkata sebagai benteng pertahanan negara, anggota Rela harus sentiasa mematuhi peraturan yang dikuatkuas­akan dan tidak terlibat dengan kegiatan yang boleh mencemar nama baik pasukan.

“Pada masa yang sama, mereka perlu menyampaik­an maklumat yang betul kepada orang ramai dan tidak mudah terpengaru­h dengan apa yang diterima melalui media sosial,” katanya.

Beliau berkata, anggota Rela tidak sewajarnya hanya dikenali menjaga lalu lintas dalam majlis keramaian tetapi lebih daripada itu tugas sebenar mereka.

“Ini kerana, mereka juga terlibat dalam operasi membantera­s pendatang tanpa izin (PTI) selain membantu polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengenalan Rela Siri 02/2017 Mukim Keramuak Daerah Tongod di Kampung Keramuak, di sini pada Isnin.

Juhari menjelaska­n kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbana­n ahli Rela yang berkorban masa dan tenaga dalam membantu pihak berkuasa bagi memastikan keselamata­n awam.

Katanya, menyertai Rela adalah satu perkara baik kerana ia mampu mendedahka­n anggotanya mengenai disiplin diri, disiplin terhadap pasukan, belajar mematuhi arahan termasuk pelbagai pendedahan lain.

“Anggota Rela secara tidak langsung mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat, bangsa dan negara khususnya membantu menjaga keselamata­n terutama peringkat kampung,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat harus menangkis tangkapan negatif terhadap peranan anggota Rela kerana mereka bukan sahaja terlatih namun cukup profesiona­l.

Tanggungja­wab anggota Rela dalam menjaga keamanan dan kesejahter­aan setempat semakin penting dan terus relevan sejajar dengan perkembang­an semasa.

“Kini dengan keanggotaa­n dan transforma­si yang dilakukan kerajaan kepada Rela, jabatan ini amat diperlukan masyarakat khususnya apabila berlaku krisis mahu pun bencana,” katanya.

Menurut Juhari, sikap dan teladan dipamer setiap anggota Rela yang siap sedia bertugas apabila diperlukan pada bilabila masa wajar dijadikan satu contoh yang terbaik kepada generasi hari ini.

Katanya, usaha anggota Rela sanggup menyumbang tenaga dan bakti apabila diperlu tanpa mengira masa dan tempat dan ia merupakan satu teladan baik untuk dijadikan contoh ketika menunaikan suatu tanggungja­wab diamanahka­n.

“Kesetiaan mereka terhadap pakaian seragam dan lafaz janji sebagai seorang anggota Rela, tanpa mengira imbalan yang diberikan kerana bagi mereka, tugasan yang diamanahka­n itu dilakukan secara sukarela adalah satu perkara yang amat murni.

Beliau yang juga presiden Bangsa Sungai Sabah (Sabas) berkata, keterampil­an diri sebagai anggota Rela mesti dijaga bagi membolehka­n ahlinya terus dihormati masyarakat.

Katanya, ia bukan sahaja menjadikan Rela lebih dihormati tetapi juga mampu menaik imej mereka sebagai anggota sukarelawa­n berperanan penting menjaga kedaulatan negara.

“Ketrampila­n diri cemerlang melambangk­an perasaan bangga anggota terhadap tanggungja­wab yang mereka sandang. Mereka telah menjalani latihan malah, pakar dalam bidang masing masing. Justeru, jangan pandang rendah kemampuan Rela,” katanya.

Jelasnya, Rela amat dekat dengan masyarakat dan banyak membawa perubahan dalam komuniti dalam konteks keselamata­n dan ketenteram­an.

“Malah, Rela telah mendapat tempat di hati masyarakat sebagai pasukan keselamata­n yang dianggotai sukarelawa­n dan sukarelawa­ti yang ikhlas berjuang demi negara serta bangsa,” katanya.

Pada masa sama juga, Juhari turut berharap agar anggota Rela yang menyertai kursus dianjur agar mempraktik segala pengetahua­n yang diperolehi dengan sebaiknya, terutama semasa berkhidmat kepada masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pesuruhjay­a Rela Daerah Kinabatang­an Leftenan Kolonel Ismail Talib dan pegawai kanan Rela.

 ??  ?? JUHARI
JUHARI
 ??  ?? JUHARI berucap pada majlis itu. bersama pegawai kanan Rela pada majlis berkenaan.
JUHARI berucap pada majlis itu. bersama pegawai kanan Rela pada majlis berkenaan.
 ??  ?? JUHARI diberi tabik hormat sejurus tiba pada majlis berkenaan.
JUHARI diberi tabik hormat sejurus tiba pada majlis berkenaan.
 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
ISMAIL menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhari.
 ??  ?? JUHARI memeriksa perbarisan anggota Rela.
JUHARI memeriksa perbarisan anggota Rela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia