Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad kongsi resepi Burger A.M, Syakila perjelas gambar tular

-

LAHAD DATU: Pengusaha burger, Noor Syakila Ismail, 23, masih berasa gemuruh dan terkejut apabila gerai jualannya dikunjungi Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, malam Sabtu.

Dia yang baharu sahaja memulakan perniagaan­nya sebulan lalu berkata itulah kali pertama dia berhadapan dengan pemimpin yang sebelum ini hanya berpeluang diikuti perkembang­annya dalam media sosial dan kaca televisyen.

“Apabila beliau menyatakan hasrat mahu memasak sendiri burger, saya tergamam namun saya mengingatk­an diri saya untuk bertenang kerana saya perlu memanfaatk­an peluang ini demi memajukan perniagaan burger saya ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di gerainya yang terletak di Restoran Saujana Putra, di sini pada Isnin.

Menurutnya, ketika berada di gerainya, pengerusi Biro IT Umno itu telah memasak burger daging tanpa sayur dan menamakann­ya Burger A.M. Beliau juga turut memberi resepi dan tips penyediaan­nya.

Mengulas penularan gambar di media sosial yang mendapat banyak komen netizen,Syakilamen­erimanya dengan berlapang dada.

Katanya, netizen tidak tahu situasi sebenar kerana ramai terpengaru­h dengan keterangan gambar yang mahu bergurau-senda.

“Sebenarnya, sebelum membuat burger, beliau telah membasuh tangannya dan tidak timbul isu kebersihan kerana sudah pasti beliau sendiri yakin untuk memasak burger yang mahu dimakannya sendiri,” katanya.

Syakila turut menyatakan hasratnyau­ntukmemasu­kkan Burger A.M dalam menunya dan mahu memaparkan gambar kenanganny­a bersama pemimpin itu di gerainya.

 ??  ?? AHMAD memotong roti burger sambil berkongsi resepi dan tips penyediaan­nya.
AHMAD memotong roti burger sambil berkongsi resepi dan tips penyediaan­nya.
 ??  ?? AHMAD dibantu Syakila sedang menyiapkan burger.
AHMAD dibantu Syakila sedang menyiapkan burger.
 ??  ?? AHMAD menunjukka­n Burger A.M.
AHMAD menunjukka­n Burger A.M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia