Utusan Borneo (Sabah)

Jaguh Muay Thai Dunia 2017 selamat balik kampung

-

TAWAU: Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017 Daniel Fiedieans Maideh atau dikenali sebagai Olan Todak selamat tiba di Tawau di sini, kira-kira jam 11.30 malam, Ahad, selepas penerbanga­nnya tertunda selama kira-kira dua jam dari Kota Kinabalu.

Daniel yang berusia 12 tahun dan juara kebangsaaa­n, dinobatkan sebagai juara dunia Muay Thai 2017 selepas mengunggul­i kategori 12-13 tahun yang berlangsun­g di Thailand.

Utusan Borneo yang menemui Daniel di Lapangan Terbang Tawau, mendapati kira-kira 30 penyokong termasuk ahli keluargany­a dan kakitangan SK Tg Batu Keramat Tawau hadir menyambut kepulangan­nya.

Hadir sama, rombongan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.

Semasa ditemui, Daniel berkata pencapaian yang membanggak­an itu ditujukan kepada semua penyokongn­ya yang sentiasa mendoakan kejayaanny­a sepanjang pertanding­an.

“Saya berterima dengan cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, keluarga dan semua yang memberikan semangat kepada saya khususnya bapa saudara yang juga jurulatih saya.

“Tahun hadapan saya akan menyertai satu lagi pertanding­an di peringkat antarabang­sa di Thailand untuk kategori sama seperti yang saya menangi pada kali ini,” katanya.

Menyentuh kejayaanny­a memenangi kejuaraan dunia terbabit, beliau pada awalnya tidak menyangka namun bertambah yakin apabila didorong bapa saudaranya.

Beliau yang berlatih bersama Persatuan Muay Thai Tawau juga mengakui berbangga kerana muncul juara dunia mewakili negara menerusi Persatuan Muay Thai Malaysia.

“Saya bertekad untuk terus berlatih (selepas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - UPSR 2017) dan fokus demi menjadi juara dunia (kategori yang lebih tinggi),” katanya.

Mengulas pencapaian luar biasa Daniel, Hamisa menyifatka­nnya sebagai bukti bahawa anak kampung juga boleh bersaing di peringkat tertinggi dan berjaya di pentas antara- bangsa.

Menurutnya, seluruh warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu berbangga dengan pencapaian Daniel, malah percaya rakyat di seluruh negara juga berkongsi perasaan serupa. “Kita berharap Daniel akan terus dilatih dan dijaga dengan baik, malah kejayaanny­a menjadi inspirasi kepada anakanak yang lain supaya lebih termotivas­i untuk berjaya. “Kejayaan Daniel membuktika­n kita juga boleh menempa nama di pentas antarabang­sa selagi mempunyai wawasan dan kesungguha­n untuk maju ke hadapan,” katanya.

 ??  ?? DANIEL bersama-sama para penyokong kuatnya termasuk Hamisa merakamkan gambar bersama sebaik jaguh dunia itu tiba di Tawau. DANIEL HAMISA menyambut kepulangan Daniel di Lapangan Terbang Tawau.
DANIEL bersama-sama para penyokong kuatnya termasuk Hamisa merakamkan gambar bersama sebaik jaguh dunia itu tiba di Tawau. DANIEL HAMISA menyambut kepulangan Daniel di Lapangan Terbang Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia