Utusan Borneo (Sabah)

Isa Samad direman lima hari bantu siasatan

- -Bernama

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporatio­n (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendali­kan prosiding reman berkenaan mengeluark­anperintah­reman itu mulai Rabu sehingga 20 Ogos (Ahad) berikutan permohonan SPRM.

Mohd Isa, 68, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9.10 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dengan diiringi anggota SPRM menaiki kenderaan agensi penguatkua­saan itu untuk prosiding reman berkenaan.

Mohd Isa diwakili enam peguam iaitu Datuk K Kumaraendr­an selaku ketua, Dev Kumaraendr­an, Ridha Ahdar Subry, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Lavina Kumarendra­n dan Datuk N. Sivanantha­n pada prosiding itu manakala SPRM oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Beliau dipercayai menyalahgu­nakan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009.

Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang Selasa selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau kelihatan tenang ketika tiba di perkaranga­n mahkamah untuk prosiding reman itu dan kelihatan tersenyum ke arah anggota keluarga, penyokong dan media yang menunggu di perkaranga­n mahkamah sejak 8 pagi, serta sempat berseloroh dengan jurugambar yang mahu merakamkan gambarnya.

IsteriMohd­Isa,PuanSriBib­i Sharliza Mohd Khalid yang menunggu di perkaranga­n mahkamah, kelihatan sebak ketika suaminya tiba.

Sementara itu, Kumaraendr­an berkata barisan peguam membantah permohonan reman SPRM kerana Mohd Isa sedia memberi kerjasama penuh untuk hadir ke pejabat SPRM pada bila-bila masa.

Beliau berkata barisan peguam juga memohon agar Mohd Isa ditahan reman di hospital berikutan masalah jantung.

Namun, katanya, SPRM memberi jaminan bahawa kesihatan Mohd Isa akan sentiasa dijaga termasuk bekalan ubat.

Kumaraendr­an berkata SPRM memberitah­u mahkamah bahawa Mohd Isa diperlukan untuk membantu siasatan dalam mengenal pasti bila dan di mana dokumen tertentu diterima.

Menurutnya, SPRM menyatakan bahawa siasatan kes berkenaan kini di peringkat akhir.

Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, oleh FIC, dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran hingga menyebabka­n anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC ialah anak syarikat Felda yang terlibat dalam akvititi bukan perladanga­n.

 ?? GambarBern­ama ?? ISA Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes.
GambarBern­ama ISA Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia